Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya

Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya

Pelakon Puteri Sarah, 36, memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram.

Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia terkejut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap ke Malaysia dengan bantuan pihak tertentu.

“Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniannya dengan pengakuan itu. Tolak tepi mengenai perkara buruk dilakukannya pada saya sebelum ini, tapi niat dia mahu ikut ‘jalan belakang’ ke negara ini memang membimbangkan.

“Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh. Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti Covid-19 di kampung halamannya. Jadi, saya risau apabila bukan saja dia nak masuk secara haram, tapi dengan virus sekali dibawanya. Saya mohon sangat pihak berkuasa memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan haram sebegitu,” katanya.

Pelakon filem Tipah Tertipu ini berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama dua tahun sempat berbuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.

Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburukkan namanya serta mencuri barang kemas miliknya.

“Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali. Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian calitan dibuatnya tidak lepas di lapangan terbang.

“Apabila tiba di Indonesia, saya mendapat tahu dia rupa-rupanya sempat memburukkan saya depan kawan-kawan saya. Bahkan, dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu Ringgit dengan menawarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya.

“Lebih mengejutkan, dia turut mencuri barang-barang kemas milik saya. Itu pun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mendedahkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia,” katanya.

Puteri Sarah juga mengakui kes ini bukan yang pertama dialaminya apabila pembantu rumahnya melarikan diri.

Bagaimanapun, dia terkilan kerana perbuatan Lisdawati adalah paling teruk.

“Selama dua tahun bekerja dengan saya, dia seorang pembantu yang sangat baik. Bahkan, saya menjaganya dengan baik, bagi keperluan cukup dan sentiasa berikan dia pelepasan untuk pulang kampung. Tak sangka rupa-rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini. Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh,” katanya.

Terdahulu, pelakon itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Stories. Dia turut memuat naik gambar pasport wanita berkenaan.
HM

Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker