Eira takut Azad kena kelentong lagi

Eira takut Azad kena kelentong lagi

Pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin pernah bermasam muka dengan isteri, Eira Syazira, disebabkan ingin membeli dan membuat pelaburan emas.

Azad berkata, isterinya yang juga pelakon itu menegahnya daripada berbuat demikian kerana Azad pernah menjadi mangsa penipuan.



“Saya faham kenapa Eira pernah tarik muka bila saya luahkan hasrat untuk membeli dan melabur emas memandangkan saya pernah ditipu dan rugi besar.

“Namun, saya cuba yakinkan dia dan syukur, dia tersenyum bila saya nampak saya bawa pulang emas fizikal dan menunjukkan pembelian dan pelaburan itu sah,” katanya.

Mengambil iktibar daripada pengalaman lalu, Azad turut berkongsi mengenai tujuan utama simpanan berasaskan pelaburan emas untuk masa depannya dan keluarga.

Katanya, dia berjumpa dengan Pengerusi Semboyan Malaysia, Yusof Azmi untuk merujuk mengenai syarikat Quantum Metal (QM) yang menjual emas kerana Semboyan Malaysia banyak membantu mengenai kes penipuan dan sebagainya.



“Dari situ, kami bersama-sama bertemu dengan pengasas syarikat itu dan dia berjaya meyakinkan mengenai pelaburan ini,” katanya.

Terbaharu, Azad selaku rakan artis QM kini turut terbabit sama dalam perjanjian persefahaman antaranya QM dan Semboyan Malaysia sekali gus ingin membantu masyarakat yang ingin turut melabur dalam pelaburan emas. HM

Eira takut Azad kena kelentong lagi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker