Polis kesan lelaki curi ekzos kereta

AMPANG – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki disyaki mencuri ekzos sebuah kereta dalam kejadian di Pandan Perdana, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa telah meletakkan kereta jenis Honda Accord itu di hadapan rumahnya pada pukul 9 malam tadi.

“Apabila mangsa ingin menghantar anak ke sekolah pagi tadi, terdapat bunyi yang pelik semasa kereta dihidupkan.



“Hasil pemeriksaan mendapati ekzos kereta telah hilang dan mangsa mengesyaki ekzos tersebut telah dicuri,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pemeriksaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah jiran mendapati ekzos kereta itu telah dicuri seorang lelaki.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker