Siti Khadijah ‘bekap’ Sophia

Siti Khadijah ‘bekap’ Sophia

Ketika aktres Sophia Albarakbah didakwa dipulaukan rakan industri lain gara-gara isu penyondol, pelakon Siti Khadijah tampil mempertahankan dengan menafikan tuduhan tersebut.

Sebagai pelakon yang pernah menjalani penggambaran bersama, Siti Khadijah menegaskan bahawa aktres sensasi itu tidak disisihkan seperti yang digembar-gembur baru-baru ini.



“Sebagai kawan apa saya boleh cakap dia bukan kera sumbang dan tidak dipulaukan.

“Dia baik dengan semua termasuk kru. Setakat ini tiada isu dan masalah pun.

“Saya pernah dipulaukan dan tidak suka perasaan tersebut. Jadi, saya tidak akan buat benda sama kepada orang lain,” katanya semasa pelancaran produk terbaharu Tatagaltier di Tanamaker The Hills, di sini, semalam.

Dalam pada itu, bintang drama Sekali Lagi Cinta itu bersyukur digandingkan dengan Sophia yang diibaratkan sebagai permata apabila dapat mengenali aktres itu secara lebih dekat.



“Dia ibarat permata yang sangat berharga di set. Kami sayangkan dia dan selalu bersamanya.

“Sebenarnya, dia yang selalu teman saya. Saya gembira From Saga With Love menemukan kami kerana dapat kenal dia lebih dekat, tidak seperti orang lain mengenalinya,” ujarnya lagi.

Selain menafikan spekulasi tersebut, pelakon berusia 26 tahun itu turut memaklumkan kebaikan Sophia yang berjaya mengubahnya ke arah lebih baik.

“Dia ajar saya buat benda baik seperti menjadi lebih sopan dan bersifat kewanitaan.



“Selepas duduk dengan dia, automatik saya bertukar jadi lemah lembut.

“Bagi saya, kalau saya tidak memberi inspirasi kepada orang, orang akan buat begitu kepada saya,” jelasnya.

Sebelum ini, muncul dakwaan mengatakan Sophia dipulaukan rakan artis lain di set penggambaran.

Bagaimanapun, pelakon filem Miimaland itu menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kurang bersosial kerana terlalu pendiam. K Online



Siti Khadijah ‘bekap’ Sophia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker