Duda, janda lebih berisiko nyanyuk – kajian

Duda, janda lebih berisiko nyanyuk – kajian

Satu kajian baharu mendedahkan bahawa pasangan yang bercerai boleh menyebabkan mereka mengalami masalah kesihatan serius, lapor portal berita Wion News semalam.

Menurutnya, mereka yang bercerai atau membujang pada pertengahan usia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit demensia atau nyanyuk.

Bagaimanapun, pasangan yang masih bersama untuk tempoh masa lama boleh mengurangkan risiko mengalami demensia pada usia tua dengan ketara.

Kajian itu dilakukan oleh pasukan penyelidik Institut Kesihatan Awam Norway (NIPH/FHI) yang menganalisis status perkahwinan kumpulan berumur antara 44 tahun hingga 68 tahun sejak 24 tahun lalu.

Mereka mendapati status perkahwinan seseorang memberi kesan kepada peluang untuk mendapat penyakit nyanyuk atau gangguan kognitif ringan selepas berumur 70 tahun.

Seorang penyelidik kajian itu, Vegard Skirbekk berkata, kaitan antara demensia dan status perkahwinan adalah mereka yang berumah tangga memiliki pasangan untuk membantu mengatasi masalah serta tekanan dalam kehidupan.

Katanya, berkahwin bermakna manusia mempunyai seseorang untuk bercakap serta berkongsi beban.

Ini dapat membantu seseorang untuk menangani kesukaran dengan lebih baik dan kurang terdedah kepada tekanan.

Portal berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa saintis berkenaan berkata: “Lelaki mungkin penerima manfaat terbesar daripada perkahwinan.” K Online

Duda, janda lebih berisiko nyanyuk – kajian

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof

Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker