Dana Muhyiddin : SPRM rakam keterangan Annuar

Dana Muhyiddin : SPRM rakam keterangan Annuar

Annuar Musa mengesahkan beliau sudah dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu berkait dakwaan jutaan ringgit diserahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin kepada Umno pada PRN Sabah, dua tahun lalu.

Annuar berkata, beliau sudah memberi penjelasan kepada SPRM “cerita sebenar” berhubung dakwaan itu.



“Saya sudah memberi kenyataan kepada SPRM minggu lepas.

“Bila SPRM panggil saya untuk beri keterangan saya sangat suka hati dan saya beritahu semua jalan cerita sebenarnya yang telah saya lalui, saya ucap terima kasih dan akan terus beri kerjasama kepada SPRM, itu tanggungjawab saya,” katanya pada sidang media di pejabat Muafakat Nasional.

Annuar memaklumkan lega selepas memberi keterangan kepada SPRM dan sekurang-kurangnya ia dapat menjawab segala fitnah dilemparkan terhadapnya konon beliau memasuki bilik tidur Muhyiddin dan mengambil jutaan ringgit.

“Saya sebenarnya sangat lega. Mereka kata saya masuk bilik tidur (Muhyiddin) ada duit berlongok…ambil berjuta-juta bawa duit kemana-mana, patutlah kuat sokong Muhyiddin kerana Muhyiddin bagi duit,” katanya.



Sebelum ini, Annuar dalam satu video di TikTok berkata Muhyiddin yang ketika itu perdana menteri menyalurkan jutaan ringgit bagi membantu Umno pada PRN Sabah 2020.

Beliau membangkitkan perkara itu ketika membuat penjelasan terhadap tuduhan kononnya Muhyiddin mahu “bunuh” Umno.

Susulan itu, SPRM memaklumkan mereka akan memanggil Annuar dan Muhyiddin untuk diambil keterangan. FMT

Dana Muhyiddin : SPRM rakam keterangan Annuar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker