Lebih sebulan nikah, suami didakwa pukul isteri kerana mandi kolam di resort



Sebaran :


Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu, di Kelantan hari ini, atas dakwaan mendatangkan kecederaan terhadap isteri yang baru dikahwini lebih sebulan lalu.

Tertuduh, Mohd Hafizul Muhammad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada isterinya di sebuah rumah di Kampung Huda, Kubang Kerian, Kota Bharu, jam 3.30 petang, pada 8 April lalu.



Difahamkan tertuduh memukul kerana marah terhadap isterinya, Hilwa Muhamad, 37, yang mandi kolam di sebuah resort walaupun ketika itu tertuduh turut berada di lokasi yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama dibaca bersama seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan tertuduh boleh dipenjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.



Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula, tertuduh boleh dipenjara dua kali ganda tempoh maksimum yang dikenakan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli yang menawarkan jaminan yang tinggi sebanyak RM7,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang minimum.



Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan tarikh 18 Mei depan ditetapkan bagi sebutan semula kes. Mk

Suami mabuk tendang, pukul isteri mengandung selepas diajak balik rumah mertua


Sebaran :


Leave a Reply