JDT gagal tamatkan badi, Buriram United ‘raja’ sebenar Asean
JDT gagal tamatkan badi, Buriram United ‘raja’ sebenar Asean

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) gagal mencari penawar kepada badi Buriram United apabila tunduk 1-2 dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Chang Arena, malam tadi.
Skuad Harimau Selatan sebenarnya memulakan perlawanan dengan langkah garang apabila mendominasi babak pertama dengan lapan percubaan tepat menguji kubu tuan rumah.
Peluang keemasan tercipta seawal minit ke-15, namun sepakan percuma deras Ager Aketxe berjaya ditepis keluar penjaga gol Buriram, Neil Etheridge.
Tidak lama selepas itu, giliran Jon Irazabal hampir menambah derita tuan rumah tetapi tandukannya sedikit tersasar melepasi palang pada minit ke-17.
Gol yang ditunggu akhirnya muncul pada minit ke-28 menerusi gerakan set-piece apabila Antonio Glauder melepaskan tandukan padu hasil sepakan penjuru untuk meletakkan JDT di depan 1-0.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Tersentak dengan jaringan itu Buriram menggandakan asakan dan mereka hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan Robert Zulj namun bola hanya singgah di tiang pada minit ke-31, manakala rembatan deras Suphanat Mueanta pada minit ke-44 pula dinafikan kemas penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.
Namun, sebaik babak kedua bermula, tuan rumah bangkit menggila apabila Suphanat hanya memerlukan lima minit untuk menyamakan kedudukan dengan jaringan klinikal.
Empat minit kemudian, Robert Zulj terus menghukum JDT dengan gol kedua, sekali gus merobek semangat anak buah Xisco Munoz.
JDT nyaris kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-63 menerusi tandukan Joao Figueiredo namun sekadar menggegarkan palang lawan.
Ketika Buriram dilihat lebih menguasai perlawanan, Ketika Buriram dilihat menguasai, mereka hampir menambah jaringan pada minit ke-71 melalui Guilherme Bissoli, namun golnya dibatalkan kerana ofsaid.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
Drama makin rancak apabila pengadil menghadiahkan penalti pada minit ke-75 selepas Supachai Chaided dijatuhkan Raul Parra, tetapi selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), keputusan itu dibatalkan.
JDT cuba bangkit di penghujung permainan, namun Etheridge sekali lagi jadi penghalang utama apabila menepis keluar tandukan berbahaya Joao Figueiredo selain turut menafikan rembatan Bergson Da Silva.
Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan JDT masih gagal menewaskan Buriram dalam lima pertemuan menerusi tiga kekalahan dan dua seri.
Walaupun tewas, peluang JDT di ACLE musim ini masih terbuka kerana format baharu hanya memerlukan mereka menamatkan saingan dalam kelompok lapan teratas daripada 12 pasukan untuk mara ke suku akhir seterusnya menjadikan baki perlawanan sebagai penentu hala tuju sebenar Harimau Selatan.
JDT gagal tamatkan badi, Buriram United ‘raja’ sebenar Asean
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.