Pelaksanaan cukai baharu termasuk GST tidak sesuai buat masa ini

Pelaksanaan cukai baharu termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) bukanlah keputusan terbaik buat masa ini dalam usaha meningkatkan semula pendapatan negara.

Timbalan Dekan Sekolah Perniagaan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Normaz Wana Ismail berkata, hal ini berikutan ramai yang terkesan dengan COVID-19 sekali gus aliran tunai dan pendapatan boleh guna terlalu kecil.

“Keadaan ini juga menyebabkan pelaksanaan cukai berkenaan tidak boleh membantu rakyat dan syarikat dalam keadaan mereka yang baru bangkit semula.

“Saat ini bukanlah keputusan sesuai untuk kerajaan perkenalkan semula cukai, sebaliknya ditangguhkan dahulu dan tunggu tempoh yang lebih sesuai untuk diperkenalkan semula.

“Tidak dinafikan cukai banyak membantu meningkatkan pendapatan negara namun dalam keadaan terkini semua masih terkesan dengan keadaan yang sangat getir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam Analisis Pra Bajet 2022 yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, hari ini.

Prof Normaz berkata, keadaan hari ini memperlihatkan rakyat hanya memiliki pendapatan yang boleh digunakan terlalu kecil menyebabkan aliran tunai tidak mengalir secara sempurna.

Katanya lagi, ketika ini juga ramai rakyat tidak mampu untuk membayar cukai pendapatan seperti sebelum ini.

“Jika sebelum ini mereka berada (dalam) golongan T20 tapi apabila berlaku pandemik COVID-19 mereka terjunam jatuh kepada B20 menyebabkan mereka tidak mampu untuk membayar cukai pendapatan lagi,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu beliau menyarankan supaya kerajaan terus membantu rakyat dengan memperluaskan bantuan secara langsung.

Malah, beliau mengakui moratarium yang diperkenalkan baru-baru membantu meringankan beban rakyat.

“Walaupun bukan secara langsung daripada kerajaan tetapi bantuan berkenaan banyak meringankan rakyat dan menyebabkan aliran tunai bertambah dan sekali gus menjadikan pusingan aliran menjadi lebih sempurna walaupun dalam keadaan negara berdepan krisis,” katanya.

Pelaksanaan cukai baharu termasuk GST tidak sesuai buat masa ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 


Bajet2022: Rokok elektronik, minuman bergula dicukai untuk kesihatan

Related Articles

One Comment

  1. GST boleh diperkenalkan semula tahun hadapan cuma tetapkan kadarnya dalam 3 peratus untuk mungkin selama 3 tahun. Oleh itu syarikat2 sudah boleh bersedia dengan platfom GST kalau kadarnya dinakkan lagi ke 4 atau 5 peratus.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker