Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu

Rezeki miliki anak tiri selepas kahwin

Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu

Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu
Mawar bersyukur dikurniakan anak-anak tiri.

MEMILIKI dua orang anak tiri selepas berkahwin banyak mengajar pelakon Mawar Rashid mengenai kehidupan sebagai seorang ibu.

Kata Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 28, di awal perkahwinan dengan suami iaitu Raf Yaakob, dia sudah diberikan rezeki merasai pengalaman indah bergelar seorang ibu.

 



Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu
Kasih Mawar terhadap anak-anak tidak berbelah bahagi.

 

“Selamat hari ibu untuk saya. Ibu kepada lima orang anak. Tiga orang yang saya lahirkan dan dua orang yang rezeki Allah bagi daripada perkahwinan terdahulu suami.

“Rayyan dan Raysaa banyak bagi Mummy belajar untuk jadi seorang ibu. Dulu Mummy selalu tertanya adakah perasaan seorang ibu sebegini indah, perasaan bahagia dan sayang bersama anak,” katanya.

Mawar berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sempena sambutan hari ibu yang diraikan pada Ahad.




Baca Artikel Menarik:


Mawar bagaimanapun berkata persoalan mengenai perasaan sebagai ibu itu lebih difahami selepas dia melahirkan anak sulungnya, Rafael.

“Selepas saya sudah melahirkan Rafael barulah saya mendapat jawapan.

“Ya perasaan yang sama. Bahagia dan sayang serta sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak semua,” ujarnya.



 

Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu
Mawar bahagia bersama Raf.

Untuk rekod, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada November 2017 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Roseanna Camilya yang kini berusia empat bulan.

Mawar turut memiliki dua anak tiri iaitu Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid banyak belajar kehidupan sebagai seorang ibu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker