Syura dapat tawaran RM100,000 layan ‘sugar daddy’

Kuala Lumpur: Penyanyi dan usahawan, Syura Badron, 35, mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada pihak tidak dikenali yang terbabit dengan pengurusan mencari wanita untuk ‘sugar daddy’ dengan bayaran lumayan, RM100,000.

Menurut ibu tunggal tiga anak itu, mesej tawaran berkaitan aktiviti tidak bermoral berkenaan diterimanya melalui kiriman DM di Instagram, baru-baru ini.

“Saya ditawarkan sekitar RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan ‘sugar daddy’ selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung,” katanya kepada Harian Metro.

Ujar Syura dalam kiriman mesej itu juga dia dimaklumkan dengan perincian pembayaran iaitu RM70,000 akan dimasukkan ke akaun sebagai deposit, manakala bakinya pula diterima selepas perkhidmatan.

Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, berkata dia amat terkejut dengan mesej dikirim pihak terbabit yang dianggap agak berani memberi tawaran kepadanya tanpa berasa segan dan malu.

“Saya tidak memerlukan tawaran sebegitu untuk mencari rezeki bagi menyara anak dan keluarga. Banyak kesan buruknya, selain wang diperoleh itu memang sah haram di sisi agama.

“Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan,” katanya.

Ditanya apakah tindakan aktifnya memuat naik pelbagai video di Instagram menjadi tarikan pihak berkenaan untuk memberi tawaran, Syura tidak menafikan. Katanya, mungkin mereka kasihan melihat dia bersusah payah membuat promosi pemasaran produk di Instagram.

Bagaimanapun, kini Syura sering dipuji makin cantik oleh pengikutnya di media sosial yang menyifatkan penampilannya semakin menawan meski bergelar ibu dan mencecah usia 35 tahun.

Katanya, kecantikan itu adalah kurniaan Allah dan harus sentiasa dijaga selain memakai mekap. Apapun, Syura menafikan tegas dakwaan mengatakan dia menjalani rawatan kosmetik untuk tampil jelita.

Umno akan beri tawaran baru buat pengundi pada PRN, kata Bung Moktar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker