Skrin video gergasi hempap kumpulan pop Hong Kong

GAMBAR menunjukkan sebuah skrin video gergasi jatuh ke atas pentas. – SCMP

HONG KONG – Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang ahli kumpulan muzik pop Hong Kong, Mirror apabila sebuah skrin video gergasi jatuh dan menghempap mereka di pentas konsert, lapor akhbar New York Post semalam.

Kemalangan itu dirakam peminat yang menonton konsert tersebut di Hong Kong Coliseum dan kemudian, memuat naiknya di laman sosial.

Rakaman kejadian memaparkan sebuah skrin yang digantung di atas pentas putus dan menghempap kumpulan penghibur yang membuat persembahan.

Tiada penjelasan mengenai keadaan anggota Mirror yang cedera itu tetapi akhbar South China Morning Post (SCMP) melaporkan bahawa dua penari lelaki kumpulan itu telah dibawa ke hospital. Keadaan mereka tidak diketahui. Kumpulan Mirror terdiri daripada 12 anggota.



Konsert itu segera dihentikan, manakala pengurus kumpulan Mirror, Ahfa Wong Wai-Kwan naik ke pentas untuk menenangkan penonton  yang bimbang.

“Terima kasih atas sokongan anda kepada Mirror tetapi ada sesuatu yang kami perlu tangani sekarang.

“Saya harap anda semua beredar dengan tertib. Saya minta maaf. Saya berjanji untuk menyelesaikan isu mengenai tiket anda dan akan mengendalikan acara untuk memastikan keselamatan semua orang,” katanya.

Ini bukan kemalangan pertama yang dihadapi oleh kumpulan itu. Minggu lalu, seorang ahli Mirror, Frankie Chan jatuh daripada pentas ketika memberi ucapan semasa mengadakan konsert. Menurut SCMP, Chan segera bangun dan meminta maaf atas kecuaiannya. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Hukum iringi jenazah dengan bacaan al-Fatihah

Ziana Zain tarik macam tu saja dekat kedai makan (Video)



ISA tak zalim, SOSMA zalim pulak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker