Provokasi Dr Mahathir Melayu malas sudah tidak relevan

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu mengelak dari merendah-rendahkan orang Melayu dengan melabel mereka “malas” kerana ia akan menjadikan rakyat semakin terguris dan marah apabila dibandingkan dengan kaum-kaum lain, kata penganalisis.

Ini susulan pandangan Mahathir mengulangi pandangan mendakwa orang Melayu sebagai kaum yang tidak mahu kerja keras dan tidak mahu kerja susah, sewaktu menyampaikan amanatnya pada Kongres Maruah Melayu, di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, strategi politik Mahathir yang gemar memprovokasi kaum Melayu tidak relevan terutamanya ketika kongres yang menghimpunkan pemimpin pelbagai peringkat semalam.

“Strategi provokasi begini sudah tidak sesuai dan patut dihentikan kerana generasi baru kini jauh berbeza pemikiran dan gaya hidup mereka.



“Generasi kini sanggup melakukan beberapa kerja untuk menampung kehidupan harian mereka, dengan gaji minimum tidak mencukupi untuk mereka tampung kos keperluan asas,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menerusi amanatnya semalam, Mahathir berkata hanya Melayu yang boleh memulihkan maruah mereka sendiri tanpa mengharapkan orang lain untuk melakukannya.

Jelasnya lagi, kerajaan dengan sendirinya walaupun dipimpin oleh Melayu, tidak boleh memulihkan maruah Melayu sekiranya kaum itu tidak mahu berusaha untuk mengubah nasib mereka.

Malah ia bukan kali pertama Mahathir menggunakan ungkapan sedemikian untuk menaikkan semangat orang. Beliau pernah banyak kali merujuk kepada situasi sedemikian semasa menjadi perdana menteri dan presiden Umno dari 1981 hingga 2003.



Mengulas lanjut, Awang Azman menegaskan lebih baik sekiranya Mahathir memfokuskan kepada strategi mencapai resolusi-resolusi yang dibentangkan pada kongres tersebut.

“Seperti penciptaan dasar yang jauh lebih baik dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) hasil ciptaan Abdul Razak untuk ditinggalkan sebagai legasinya sebelum peralihan kuasa kepada perdana menteri kelapan.”

Bagaimanapun menurut pensyarah geostrategik Azmi Hassan, kenyataan bersifat provokasi seumpama itu sudah sinonim dengan keperibadian Mahathir, pengerusi PPBM setiap kali tokoh itu mahu memperbetulkan keadaan yang tidak disenanginya.

Jelasnya lagi, pihak penganjur kongres sendiri sudah pasti menjangkakan kenyataan sedemikian akan diulangi dalam ucapan perdana menteri itu.



“Saya tidak melihat kongres ini bertujuan untuk hina atau melemahkan Melayu kerana dari perbahasan tidak pula menjerumus kepada ucapan Mahathir.

“Kita tunggu dan perhati bahagian mana media dan masyarakat mahu ambil berat sama ada ungkapan lazim Mahathir atau pun perbahasan yang dibentangkan,” katanya.

FMT



Related Articles

One Comment

  1. Melayu di kedudukan paling bawah bukan kerana malas…!!!
    Tetapi diskriminasi senyap dalam kenaikan pangkat dan upah….!!!!
    Ada paham kaa…!!!????
    Pengalaman aku bekerja, pujian melambung lambung,
    Aku lah Superman ,Aku lah Batman, Aku lah Mc Gyver…..
    Bila bab kenaikan gaji ada pulak majikan beri alasan , Orang Cina makan mahal, orang Melayu makan murah.
    Pernah 1 ketika semasa bekerja , sampai kan supervisor aku( seorang Cina) nasihatkan aku cari kerja kat compony lain dalam bidang yg sama kerana dia mengaku saya lebih mahir dari dia, tetapi dia mengaku malu dgn saya kerana saya lebih berkemahiran dari dia , serta gaji dia lebih tinggi.(Maksud dia tidak adil bagi saya untuk terus berada di compony yg sama.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker