Wajah Melayu buruk , ini penjelasan Nina Smith

Wajah Melayu buruk , ini penjelasan Nina Smith

Pelakon, Nina Smith, memohon maaf jika kenyataannya berhubung raut wajahnya dalam sebuah video yang tular baru-baru ini menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet.

Sejak berumur tujuh tahun lagi, ramai yang seolah-olah mempertikaikan kebenaran nama penuhnya, Amalina Smith, kerana wajahnya tidak kelihatan seperti kebanyakan gadis kacukan yang lain.



Nina mengakui, soalan sebegitu sangat sensitif dan secara tidak langsung kadangkala membuatnya hilang keyakinan diri.

“Sebenarnya perkara itu menjadi kerisauan ibu saya semasa mendaftarkan nama saya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dia takut jika suatu hari nanti nama Smith itu disalah anggap.

“Namun pegawai di JPN minta untuk kekalkan nama bapa saya, Smith di dalam kad pengenalan saya kerana itu adalah asal usul keluarga saya.

“Saya tidak pernah cakap ‘kelihatan Melayu’ ialah perkara yang buruk. Saya bersyukur dengan wajah saya, banyak rezeki saya dapat. Tapi bila ada yang mempersoalkan, ia jadi sensitif seolah-olah ingin mengatakan ‘Smith’ bukanlah ayah saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.



Menurut pelakon Tentang Hati Dia itu, dia faham sekiranya jawapannya menerusi satu temu ramah menimbulkan salah faham sehingga ada yang menyangka dia malu kerana dilahirkan berwajah Melayu.

“Saya tidak bermaksud begitu. Saya bangga dengan wajah saya, kalau pergi ke Amerika Syarikat, mereka sendiri akan cakap wajah seperti ini sangat cantik.

“Cuma mungkin saya tersilap memilih perkataan membuatkan ramai yang salah faham. Saya minta maaf jika jawapan saya menyinggung beberapa pihak, bukan itu niat saya,” tambahnya.

Walaupun belum direzekikan untuk menjadi salah seorang peserta bagi program pencarian bakat Dewi Remaja 2023, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu tetap memberikan lakonan terbaik sepanjang berkecimpung dalam industri lakonan.



“Sebenarnya impian saya nak masuk ke program realiti itu untuk belajar lebih banyak perkara yang tiada di dalam set sebagai persediaan menghadapi industri hiburan.

“Mungkin bukan rezeki saya. Tapi saya akan tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam setiap lakonan dan tawaran saya selepas ini,” kongsinya. Utusan

Wajah Melayu buruk , ini penjelasan Nina Smith

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Intan Najuwa jadi ‘harimau’ lepas kahwin

Ira Kazar makin hari makin disayangi



Pramugari cekup pasangan beromen dalam tandas pesawat [VIDEO]

5 vokalis wanita lokal alaf milenium paling ‘digeruni’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker