Gim di negeri Fasa 2 dibenar operasi mulai esok

Gim di negeri Fasa 2 dibenar operasi mulai esok

Gim di negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi mulai esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ti Lian Ker.

Katanya, SOP tambahan khusus untuk gim dan sukan tertutup akan diumumkan secepat mungkin.



“Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal membabitkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup (indoor) dibenarkan kepada individu yang lengkap vaksin.

“Esok, gimnasium dan sukan ‘indoor’ (bagi negeri Fasa 2 ke atas) sudah boleh bermula, SOP akan dimaklumkan Majlis Sukan Negara dan KBS sedikit masa lagi.

“Jadi buat masa ini, tiada isu pembukaan gimnasium pada fasa dibenarkan, cuma sedang menunggu SOP tambahan,” katanya dipetik Berita Harian pada sidang media Kempen Derma Darah anjuran Youth Gopeng sempena sambutan Hari Malaysia di sebuah pusat beli belah di Perak.

Beliau berkata, penyediaan SOP kini di peringkat akhir dan sedang menunggu makluman lanjut berhubung SOP tambahan khusus untuk gim serta sukan tertutup berkenaan.



“Pada asasnya isu sudah selesai, sebab sebelum ini kita bimbang berkenaan pengudaraan (gimnasium dan sukan indoor) dan isu sudah pun selesai, cuma kita sedang menunggu SOP tambahan.

“SOP tambahan bagi gimnasium, selain daripada SOP sebelum ini, iaitu membabitkan penjarakan fizikal serta operator serta pekerja kena lengkap vaksin.” FMT

Gim di negeri Fasa 2 dibenar operasi mulai esok


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker