Ara trauma gangguan seksual berulang

Ara trauma gangguan seksual berulang

Insiden gangguan seksual dilakukan lelaki tidak dikenali bertindak mencium tangannya sebanyak dua kali dengan penuh rakus ketika menjayakan persembahan di Nilai, Negeri Sembilan, tahun lalu masih tidak dapat dilupakan penyanyi Ara Johari.

Gara-gara pelakuan tidak senonoh itu, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 27, mengambil masa sebulan untuk melupakan detik hitam yang kali pertama terjadi dalam hidupnya.

Biarpun sudah mampu menyingkirkan perasaan trauma, namun penyanyi lagu Bunga itu masih berhati-hati peminat lelaki setiap kali muncul di khalayak ramai.

“Hampir sebulan saya trauma gara-gara insiden ini. Apa yang berlaku memberikan kesan pada saya.

“Sekarang saya menjadi lebih berhati-hati dan akan tapis peminat yang ingin bergambar terutama lelaki.

“Saya akan pastikan menjaga jarak bagi mengelakkan daripada kejadian sama berlaku lagi. Saya tidaklah sampai upah ‘bodyguard’, tapi setiap kali menghadiri sebarang acara biasanya ada pengurus, pembantu peribadi serta beberapa kawan akan teman.

“Sebelum ini, saya tak kisah keluar seorang diri, tapi selepas apa yang berlaku saya pasti berteman.

“Saya hanya dengar pengalaman orang lain yang mengalami gangguan seksual selama ini, tapi akhirnya saya pula terkena,” katanya.

Sementara itu, berkongsi kerjaya seninya, Ara bakal menghiburkan peminat di Pesta Muzik Kuantan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 24 Februari depan.

Pesta Muzik Kuantan dianjurkan sempena menyambut kepulangan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan diserikan persembahan band popular Indonesia, Ungu, selain penyanyi tempatan seperti Naim Daniel, Nabila Razali, Khai Bahar dan ramai lagi.

Ara mengakui teruja dapat berkongsi pentas dengan kumpulan popular Indonesia dan bakal menyanyikan tiga lagu.

Sebagai persediaan untuk ke pesta itu, kata Ara, dia perlu menjaga kesihatan berikutan pernah empat kali dijangkiti COVID-19 dan Influenza, jadi mudah hilang suara.

“Sekarang kalau kena hujan, saya perlu cepat-cepat mandi dan berehat. Jika tidak, saya akan dapat selsema dan seterusnya, sakit tekak. Ia menyebabkan saya tak boleh menyanyi selama berminggu-minggu.

“Beza sangat sebelum dijangkiti COVID-19, di mana saya tiada masalah terkena hujan, malah saya lebih suka membuat persembahan dalam hujan kerana lebih puas,” katanya. BH

Ara trauma gangguan seksual berulang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker