Kembalikan GST, tukar nama lain kalau tak suka – Ka Siong

Kembalikan GST, tukar nama lain kalau tak suka – Ka Siong

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyarankan kerajaan mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang disifatkan sebagai efisen.

Menurut bekas Menteri Pengangkutan tersebut, mekanisme pelaksanaan cukai berkenaan masih boleh digunakan namun hanya perlu ditambah baik termasuk mengurangkan jumlah cukai yang dikenakan.



“Kalau tak suka nama, tukar lah nama… pakailah apa nama (lain) dan lupakan kisah lama. Lima perkara yang telah saya cakap dulu kita masih boleh bagi pemberian tunai, ‘zero rated’, kita boleh bagi pengeculian, kita turunkan daripada enam peratus kepada empat peratus, serta memperbaiki mekanisme untuk pulangan cukai.

“Saya rasa kita boleh buat, dan demi kepentingan negara ‘move on’, bawa balik GST,” katanya semasa perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

GST kali pertama dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 dengan kadar enam peratus.

Selain itu Ahli Parlimen Ayer Hitam tersebut berkata, pemansuhan GST menjadikan cukai korporat Malaysia antara yang tertinggi di rantau ini berbanding negara-negara jiran, iaitu sebanyak 24 peratus.



Tambahnya, Singapura hanya merekodkan 17 peratus cukai korporat; Brunei (18.5 peratus); Kemboja (20 peratus); Vietnam (20 peratus); Thailand (20 peratus); serta Indonesia (21 peratus).

Jelas Wee, keadaan berkenaan menyebabkan syarikat-syarikat asing enggan membuka perniagaan di Malaysia, sebaliknya ‘lari’ ke negara lain.

“Malaysia akan menjadi negara yang kurang daya tarikan untuk syarikat gergasi antarabangsa menubuhkan ibu pejabat serantau di sini.

“Saya bagi contoh pada tahun 2016, Amerika Syarikat (AS) mempunyai cukai korporat sebanyak 25 peratus. Kini, cukai korporat AS pun hanya 21 peratus dan rendah daripada Malaysia.



“Dulu kita laksanakan GST supaya kita dapat turunkan lagi cukai korporat untuk menghampiri Singapura dan mampu bersaing dengan negara jiran untuk mendapatkan lebih banyak pelaburan asing,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau menyifatkan tindakaan kerajaan menaikkan cukai perkhidmatan daripada enam kepada lapan peratus menerusi Belanjawan 2024 baru-baru ini dijangka memberi kesan kepada peningkatan harga barangan.

“Misalnya, syarikat logistik akan dikenakan lapan peratus SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan). Sebelum ini, tidak ada barangan yang dibawa sampai ke kedai dan peningkatan kos akibat SST ini, siapa yang akan tanggung?

“Walaupun kerajaan umum syarikat logistik layak mendapat diesel subsidi tetapi SST lapan peratus tetap kena ditanggung oleh satu pihak, dan ia tidak lain tidak bukan ialah pengguna,” katanya. MG



Kembalikan GST, tukar nama lain kalau tak suka – Ka Siong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker