Najib Kena Tipu Kata Zaid Ibrahim

Oleh Tun Teja

PERBICARAAN Datuk Seri Najib di mahkamah sebenarnya membuka mata ramai pihak terutamanya rakyat. Walau apa pun keputusan hakim, rakyat tahu bahawa Najib tidak bersalah. Beliau menjadi mangsa penipuan Jho Low, pegawai-pegawai beliau, pegawai dalam 1MDB, Goldman Sachs dan juga Aabar Investments dari Abu Dhabi.

Zaid Ibrahim yang merupakan penyokong kuat Dr Mahathir Mohamad dan antara pengkritik lantang Najib Razak turut berubah fikiran selepas beliau mendengar kes di mahkamah khususnya kes SRC dan 1MDB.

Pada 18 Jun 2022, melalui satu hantaran video di Facebook Zaid Ibrahim, beliau menegaskan bahawa Datuk Seri Najib tidak bersalah dalam kes 1MDB. Apa sebenarnya berlaku adalah beliau telah ditipu oleh Jho Low, pegawai-pegawai beliau, pegawai dalam 1MDB, Goldman Sachs dan juga Aabar Investments dari Abu Dhabi.

Beberapa hari yang lalu Datuk Seri Najib Razak memberhentikan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Tetuan Shafee & Co mewakili beliau dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018. Kini Datuk Seri Najib melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu.

Keyakinan Zaid Ibrahim terhadap Datuk Seri Najib membuka lembaran baru dalam perbicaraan beliau.

“Sekarang saya yakin Najib kena tipu. Najib ditipu bukan saja oleh Jho Low tetapi pegawai-pegawainya, pegawai dalam 1MDB. Dia ditipu oleh Goldman Sachs, dia ditipu oleh Aabar Investments dari Abu Dhabi.

“Jadi kehilangan wang berbilion ringgit itu, pada pendapat saya, bukanlah kesalahan dia, dalam erti kata dia yang merancang semua itu,” katanya dalam video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Zaid berkata, lagi sebagai perdana menteri, Najib memang bertanggungjawab terhadap perkara itu.

“Tetapi itu soal lain. Kebertanggungjawaban itu sebab dia perdana menteri tapi saya rasa dia bukanlah yang merancang untuk menipu rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Zaid juga mendakwa tindakan kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin Yassin untuk menerima penyelesaian berjumlah AS$3 bilion dengan Goldman Sachs sebagai tidak adil.

“Sepatutnya kita suruh Goldman Sachs bayar AS49 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, Zaid berkata dia mahu tahu apakah peranan Bank Negara dan pegawai 1MDB dalam skandal tersebut.

“Jadi seolah-olah nak marah seorang saja – Najib. Tetapi tiada pun tunjuk rasa marah kenapa tak jumpa lagi Jho Low. Tak ada usaha pun nak cari dia…

“Tak marah kenapa Bank Negara tak ambil tindakan. Tak ada rasa marah kepada Maybank dan bank-bank tempatan (lain). Yang kita nak marah adalah Najib,” katanya.

Merujuk kepada himpuanan peguam untuk membantah penyiasatan terhadap hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Najib, dia berkata: Tiada ‘walk for justice’ untuk ‘bring back Jho Low, tiada orang ‘walk for justice’ sebab hanya minta AS$3 bilion dari Goldman Sachs.”

Menurut Zaid, kekangan masa mungkin menjadi faktor menghalang Umno dan BN untuk memberikan penjelasan sewajarnya berkenaan skandal 1MDB sebelum PRU lalu dan maka ini adalah masanya untuk berbuat demikian.

“Bukan soal kita nak ketepikan keputusan hakim. Hakim buat keputusan dia. Tetapi kita, rakyat, mesti ada pendirian sendiri. Hakim pun boleh buat silap. Seluruh dunia kita lahit kes-kes yang hakim silap. Tapi biar mereka buat keputusan.

“Tapi kita rakyat juga mesti faham isu ini, peranan Goldman Sachs, 1MDB, isu peranan saksi dan pendakwaan. Kita perlu faham semua ini, barulah kita dapat buat keputusan adil terhadap Najib Razak.

“Saya rasa eloklah kalau Umno beri penjelasan. Jangan was-was, jangan bimbang nanti orang kata ‘kamu sokong penyangak, kamu penyokong perasuah’. Anda perlu yakin dengan pemimpin anda.

“Kes tak habis lagi pun dan banyak keterangan yang diberi itu cakap dengar (hearsay), ertinya ‘ini Jho Low suruh…Jho Low maknanya Najib’. Bukti seumpama itu,” katnaya.

‘Jangan tak kenang budi’

Dia juga menasihati orang ramai agar tidak menjadi “kumpulan yang tidak kenang budi”, misalnya menjadi marah apabila Najib mengadap Yang di-Pertuan Agong atau diundang untuk menguji fasa pertama MRT laluan Putrajaya sebelum ia dilancarkan sebelum ini.

“Apa salahnya? Proses mahkamah belum selesai lagi.

“Anda mahu gelar dia banduan (convict), terpulang pada anda. lagipun, Agong ini raja, nak jemput siapa pun terpulang kepadanya. Kalau Agong boleh ampun orang itu dan orang ini, takkanlah jemput ke rumah (sendiri) pun tak boleh? Very silly,” katanya.

Berdasarkan petikan video di atas, apa yang cuba disampaikan oleh Zaid Ibrahim sangat bernas dan perlu diperbahaskan agar Datuk Seri Najib mendapat keadilan yang sepatutnya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker