Kerjasama PH-BN dalam PRN positif

PH akan membincangkan secara terperinci persiapan parti itu menghadapi pilihan raya negeri (PRN) serta kerjasama mereka dengan BN dalam mesyuarat pemimpin tertinggi pada 7 Jan ini.

Ketua Setiausaha PH Saifuddin Nasution Ismail berkata ia merupakan mesyuarat pertama majlis presiden parti berkenaan pada tahun ini, dan akan dijalankan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya Selangor.

Katanya dia percaya isu kerjasama di antara PH dan BN akan turut menjadi agenda dalam mesyuarat tersebut.



“Saya percaya perkara isu kerjasama dengan gabungan BN pada PRN akan datang bakal dibincangkan.

“Perkara lain yang akan dibincangkan ialah post mortem (pascanilai) PRU ke-15, dan hal-hal lain berkaitan gabungan PH,” katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP Lim Guan Eng bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mempengerusikan mesyuarat PH di peringkat pusat sebelum Tahun Baru Cina bagi persediaan menghadapi PRN.

Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.



Pada PRU ke-15 lalu, Anwar yang merupakan pengerusi PH dilantik sebagai perdana menteri selepas menubuhkan kerajaan perpaduan bersama BN, GPS dan GRS.

Perikatan Nasional (PN) pula mengambil keputusan tidak berada dalam kerajaan perpaduan diramal akan menjadi pencabar gabungan PH-BN pada PRN akan datang.

PH mengetuai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, manakala Kedah, Terengganu dan Kelantan diterajui oleh kerajaan PN.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Gerai Roti Canai Popular Di Jalan Transfer Diarah Tutup [VIDEO]



InsyaAllah, Saya Akan Beri Titik Noktah Permasalahan Ini Dalam Masa Terdekat’ – Syamsul Yusof

Pelakon Syafiq Kyle Hadiah Vellfire Pada Keluarga, Netizen Sakat Kata Guna Duit ‘Rompakan’ [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker