View Chin tak tidur malam rindu anak, gagal cari Ahmoi

View Chin tak tidur malam rindu anak, gagal cari Ahmoi

Personaliti media sosial kontroversi, View Chin mengakui dirinya berasa trauma setelah skandal dia bersama pekerja yang dikenali sebagai Mira menjadi tular di media sosial.

View yang ditemui media berkata, dia sangat risau akan keselamatan tiga anak perempuannya yang dibawa lari bekas isteri, Shermine Ah Moi.



Malah, kediamannya turut dikosongkan sekaligus membuatkan dia berasa tidak tenteram dan tidak dapat tidur selama lebih dua hari kerana memikirkan musibah yang dihadapinya kini.

Saya sudah dua hari tidak dapat tidur kerana memikirkan tentang anak-anak dan perniagaan saya.
View memaklumkan bahawa dia ada cuba mencari Ahmoi dan anak-anak namun gagal setelah disekat daripada cubaan berhubung dari setiap sudut.

Saya cuba cari Ah Moi, tapi dia sudah ‘block’ saya di media sosial. Jadi saya tak dapat tahu bagaimana keadaan anak-anak saya.

Saya cuba hubungi kawan yang lain kalau mereka tahu, dan mujur anak-anak sekarang selamat di bawah jagaan keluarga terdekat.



Lelaki itu juga meluahkan rasa resah kerana perniagaannya kini hancur musnah hingga terpaksa direhatkan buat sementara waktu bagi memberinya ruang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Terdahulu, Ahmoi yang mendakwa dirinya masih isteri View Chin telah mendedahkan hubungan sulit suaminya itu dengan pekerja mereka sendiri yang dikenali sebagai Mira.

Akaun media sosial wanita ‘penyondol’ itu juga menjadi tumpuan netizen untuk melempiaskan amarah setelah isu berkenaan menjadi viral di media sosial.

View Chin tak tidur malam rindu anak, gagal cari Ahmoi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker