UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad

KUALA LUMPUR, 13 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena terus konsisten mempertahankan dasar pendidikan negara yang inklusif dan adil untuk semua, tanpa menggadaikan prinsip dan kepentingan nasional.
Ketuanya, Mohd Farhan Ahmad menegaskan bahawa isu Unified Examination Certificate atau Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak seharusnya dijadikan modal politik murahan atau alat ugutan terhadap Perdana Menteri dan kerajaan.
Menurutnya, ini bukan soal kepentingan satu kaum atau satu parti, tetapi soal dasar negara yang menyentuh perpaduan dan masa depan sistem pendidikan nasional.
“Jangan jadikan isu ini sebagai umpan politik untuk memancing undi masyarakat Cina, sambil menyerang Ketua Pemuda UMNO Malaysia Dr. Muhamad Akmal Saleh dan Pemuda UMNO dengan tuduhan tidak berasas.
“Politik sebegini hanya akan memecahbelahkan rakyat dan menjejaskan kepercayaan umum terhadap Kerajaan Perpaduan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rukun Negara Perlu Diangkat Semula, Yussof Latiff Tegaskan Pentingnya Penghayatan
- Jangan Tuduh UMNO Semberono, Kerajaan Terengganu Urus FELDA Pun Masih Kelam-kabut
- Zahari Terus Komited Turun Padang, Santuni Rakyat Di Kawasan
Jangan Putar-Belit Isu Felda, Hentikan Tuduh UMNO – Tengku Haphiz
“Tindakan tersebut sekadar mahu menonjolkan diri sebagai ‘wira’, sedangkan mereka sendiri sedar bahawa isu ini tidak mendapat sokongan majoriti rakyat,” katanya menerusi satu kenyataan kepada UMNO Online.
Ujar Farhan, jka benar ikhlas mahu membawa isu ini ke hadapan, seharusnya membawanya ke peringkat kementerian dan bukan sekadar membuat kenyataan media untuk meraih simpati politik.

“Lebih menyedihkan apabila pemimpin muda mereka sendiri mula menunjukkan teladan buruk dengan menipu penyokong mereka, semata-mata untuk mengekalkan sokongan politik,” jelasnya.
Pada masa yang sama Farhan mengingatkan kepada mereka berhubung isu UEC yang terus diulang-ulang seolah-olah ia keperluan nasional.
“Berapa ramai sebenarnya pelajar UEC di Malaysia jika dibandingkan dengan jutaan pelajar yang melalui sistem pendidikan kebangsaan? Berapa ramai rakyat Malaysia secara keseluruhan yang benar-benar bersetuju dengan pengiktirafan UEC, dan adakah sokongan itu pernah diuji secara telus serta menyeluruh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Belia Negeri Sembilan Diperkasa, Mohd Razi Tegaskan Terus Komited Lahirkan Pemimpin Masa Depan
- Pemuda UMNO Sambut Baik Keputusan Kes Sulu, Kemenangan Pertahan Kedaulatan Negara
- Sharif Musa Seru Ahli UMNO Sabah Perkukuh Kesatuan di Bawah Kepimpinan Baharu
Kes Sulu: Hargai Usaha Kekalkan Kedaulatan, Tolak Tuntutan Tidak Berasas – Rosni Zahari
“Apakah wajar isu ini terus dibangkitkan sedangkan realitinya ia tidak mendapat persetujuan majoriti rakyat Malaysia, malah sering menimbulkan polemik dan ketegangan antara kaum.
“Adakah beranggapan bahawa kerana mereka menganggap UEC penting, maka seluruh rakyat Malaysia wajib menerimanya tanpa soal, tanpa perbahasan, dan tanpa mengambil kira sensitiviti nasional,” tegasnya.
Tegasnya lagi, pendekatan sebegini bukan sahaja bersifat angkuh, malah mencerminkan kegagalan memahami asas demokrasi bahawa dasar negara mesti dibina atas kehendak majoriti rakyat dan kepentingan nasional, bukannya desakan kelompok tertentu. – UMNO Online
UEC: Jangan Jadikan Modal Politik, Hormati Suara Majoriti Rakyat- Farhan Ahmad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Jadikan UEC Alat Politik, Utamakan Masa Depan Anak Bangsa – Norshida
- Pemuda UMNO Tegas Tolak UEC, Tidak Selaras Dasar Negara – Hafiz Ariffin
- Isu Tuntutan Sulu: Azmi Sifatkan Azalina Menteri Bertanggungjawab, Pertahan Kedaulatan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kes Tuntutan Sulu: UMNO Jelas Konsisten Jadi Pembela Serangan Luar, Dalam
You must be logged in to post a comment.