Kalau BN nak perintah semula sabar la sedikit.

Sabar la sedikit.

Kalau BN nak perintah semula Negara Malaysia tercinta, tidak ada formula lain selain dari bersabar dan teruskan kerja mendekati hati rakyat, teruskan membongkar fitnah dan tipu helah Pakatan terhadap Rakyat.

Bersabar la sedikit, jangan dilayan emosi, kadang-kadang ianya tidak ada keberuntungan kepada parti UMNO. Orang akar umbi tak pernah jemu bekerja dan tidak pun melatah sekira ada perkara-perkara terjadi dalam Cawangan, mereka tak pun cerita macam-macam di Media Sosial.

Kita dengar la nasihat Timbalan Presiden masa penggulungan, sudah-sudahlah, takan semua stretegik nak di ceritokan kepada orang luor, bersatu lah, dah kalah pun tak sodar, perangai macam tak kalah.



Dibilas pula dengan Ketegasan Presiden, semua Ahli Parlimen tidak khianat parti, mereka semua bersama Parti UMNO, kita nak berlayar, bahtera ini Perjuangan Bangsa.

Semangat itu sepatutnya dibawa ke bawah, ke akar umbi dan kita terus bersatu, perkara boleh dibawa berbincang, kita bincang la elok-elok.

Ramai orang tanya saya berkenaan kenyataan Dato Lokman, apa pandangan saya.

Mudah sahaja, tidak ada kumpulan-kumpulan dalam UMNO, kita semua kerja nak menang, ramai lapor kepada Lembaga Disiplin dan isu lembaga disiplin ini tidak perlu dihebohkan, ada banyak kes, dan bukan satu kes. Selepas PAU tempoh hari, dah selesai, kita terus bekerja nak menang.



Kuasa sudah tiada, ada banyak pandangan dan ada ramai berpandangan, kalau kita cerita pandangan kita, orang akan ingat kita betul, kalau kita dengar pandangan orang, kita pulak kata orang tu betul.

Di depan kita ni ada banyak perjuangan, dan perlu kemenangan semula untuk perbetulkan masalah yang rakyat sedang hadapi.

Komunis dibawa semula, Tulisan jawi di perkotak katik, Penjawat Awam di hina, pekerjaan semakin tiada, Kos sara hidup semakin tinggi, Agama disamaratakan.

Ini semua soal asas perjuangan Bangsa, kalau kita tak sabar, bagaimana kita nak menang semula?



Sabar la sedikit, banyak masalah boleh selesai sekira kita bersabar.

Datuk Razlan Rafii
MKT
26 Dec 2019.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker