Pelagak ngeri maut digilis traktor

Sukhmandeep digilis di hadapan orang ramai yang menghadiri pesta sukan itu. – Ary News

Seorang lelaki di bandar Batala, negeri Punjab maut selepas digilis sebuah traktor ketika melakukan aksi berbahaya di sebuah festival sukan, lapor laman berita Ary News semalam.

Berdasarkan sebuah rakaman yang tular di media sosial, Sukhmandeep Singh dilihat cuba menurunkan roda traktor yang terangkat ke udara ketika enjin kenderaan itu masih hidup.

Malangnya, traktor itu hilang kawalan dan membelok secara berbahaya ke arah orang ramai.

Ketika Sukhmandeep meletakkan kakinya di atas salah sebuah tayar traktor itu, badannya hilang keseimbangan sebelum dia  digilis.



Orang ramai kemudian bergegas membantu Sukhmandeep, namun dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Susulan insiden tragis itu, penganjur acara membuat keputusan untuk menamatkan pesta sukan tersebut. – Agensi

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker