Pejuang kanser jual kek dari rumah

Pejuang kanser jual kek dari rumah

KOTA TINGGI – Seorang wanita dari Felda Simpang Waha di sini cekal mencari rezeki ­dengan mengusahakan bisnes kek meskipun dirinya sedang ‘berperang’ dengan penyakit kanser.

Norlina Saparon, 39, berkata, dia disahkan menghidap kanser pangkal rahim pada 2019 selepas enam bulan melahirkan anak keempat.



Menurut Norlina, ketika itu, kesihatannya tidak merosot biarpun menghidap penyakit yang digeruni kaum wanita itu, lantas mengabaikan nasihat doktor yang mencadangkan supaya membuang rahim.

“Saya tidak berasa sakit dan tidak kelihatan seperti orang yang mempunyai kanser. Kea­daan berubah semasa saya mengan­dung anak kelima.

“Ketika itu ramai yang menegur badan saya naik, namun saya anggap mungkin pemakanan. Selepas diperiksa, saya disahkan hamil lima bulan. Ketika itu badan saya masih sihat.

“Doktor mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan demi menyelamatkan nyawa, namun saya memilih untuk meneruskan kandungan,” katanya ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini.



Norlina memberitahu, bagi meneruskan kandungan, doktor menasihatkannya supaya menjalani rawatan kemoterapi, malangnya kesihatannya me­rudum sehingga menyebabkan anaknya Nur Nafisa Raihana kini berusia lima bulan dilahirkan pramatang.

“Alhamdulillah anak selamat, namun disebabkan pramatang dengan berat 1.4 kilogram dia perlu ditempatkan di hospital.

“Saya pula perlu menyambung rawatan kemoterapi lima kali dan radioterapi 25 kali. Setiap hari sejak Disember lalu, suami Jalaluddin Othman berulang-alik menghantar saya ke Hospital Sultan Ismail,” katanya.

Tambahnya, disebabkan terpaksa berulang-alik, wang simpanan mereka semakin menyusut dan bergantung dengan pendapatan menjual kek.



“Kami yakin rezeki itu ada, tambahan pula saya bukan jenis yang suka meminta kecuali jika orang memberi,” katanya yang menjalankan perniagaan kek sepenuh masa di rumah.

Wanita itu turut menerima tempahan dari luar termasuk gugusan Felda Lok Heng, Felda Aping, Bandar Penawar dan Kota Tinggi.

Orang ramai yang berminat boleh membuat tempahan kek daripada Norlina dengan meng­hubunginya di talian 014-279 9773. K Online

Pejuang kanser jual kek dari rumah




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”



Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker