Peserta Sabah, Tracie dinobat Dewi Remaja 2022

BUKIT JALIL – Selepas lapan episod bersiaran, program popular Dewi Remaja edisi 2022 melabuhkan tirai dengan menyaksikan peserta dari Sabah, Tracie dinobatkan sebagai juara.

Tracie menggondol gelaran tersebut dengan membawa hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi di pentas final Dewi Remaja 2022 yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, di sini sebentar tadi.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh pemenang Dewi Remaja edisi 2019, Shaza Bae yang memakaikan Tracie mahkota kemenangan dan selempang juara.



Kemenangan Tracie, 21, mengenepikan tiga lagi Dewi yang menjadi peserta terakhir iaitu Alyssa, Kimberly dan Bee.

Bee mendapat tempat kedua dengan membawa hadiah wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi, manakala tempat ketiga dimenangi Kimberly dengan habuan berjumlah RM5,000 dan trofi.

Sementara, Alyssa pula berpuas hati di tempat keempat dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan trofi.

Selain itu, Alyssa turut dinobatkan sebagai Dewi Active Kinohimitsu, manakala Tracie pula mendapat kemenangan untuk kategori Dewi Favorite hasil undian peminat menerusi dalam talian.



Selain itu, seorang lagi Dewi iaitu Keeran pula dinobatkan sebagai pemenang kategori Dewi Inspirasi.

Peserta akhir malam kemuncak Dewi Remaja 2022 diadili oleh tiga juri profesional, Datuk Aznil Nawawi, Didie Alias dan Izara Aishah.

Rancangan yang dianjurkan oleh Nu Ideaktiv dengan kerjasama Astro menampilkan pelakon Fikry Ibrahim selaku hos.

Pertandingan akhir turut diserikan dengan persembahan daripada barisan artis popular iaitu Noraniza Idris, Wani Kayrie, Amsyar Lee dan Isaac Voo.



Program tersebut mula bersiaran sejak 16 Julai lalu setiap Sabtu menerusi saluran Astro Ria (saluran 104)

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker