Gaya Rihanna tak jadi, Sissy Imann dikecam

Menjadikan penyanyi Rihanna sebagai inspirasi dengan sentuhan ayah sendiri, namun, busana digayakan Sissy Imann ketika mengendalikan segmen karpet merah pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Jumaat lalu, dikritik netizen.

Kali pertama diberi mandat menjadi hos karpet merah bersama Sean Lee pada acara yang mengangkat Haqiem Rusli sebagai Bintang Paling Popular, gaya Sissy dikritik pelik dan serabut.

Berikutan itu, ayah Sissy, Mohammad Kamil Moustaff yang bertanggungjawab sebagai jurugaya artis serba boleh ini, terkilan.

Sissy berkata, dia lebih rela netizen mengkritik dirinya berbanding ayah yang dipanggil ayahanda.

“Kritikan menyentuh keluarga menjadi perkara yang sensitif buat saya. Tapi saya tidak terus larut dengan perasaan itu.

“Selepas difikirkan semula, kenapa saya mahu terus risau dengan apa yang orang cakap. Mungkin saya terlalu fikirkan perasaan ayahanda pada masa sama.

“Pada akhirnya, selagi apa yang dipakai itu selesa dan sopan, saya okay sahaja. Biasalah setiap orang ada pandangan masing-masing dan fesyen bersifat subjektif.


“Bukan semua orang suka dengan apa yang kita buat atau pakai,” katanya kepada BH Online.

Tambah Sissy, ayahnya sangat ‘cool’.

“Tapi biasalah, nama pun manusia. Hati siapa yang tidak sedih kalau orang tersayang dikecam.

“Ayahanda saya lihat ‘cool’ tapi dia sedih apabila fesyen direkanya jadi kecaman,” katanya.

Namun, biar apa pun tanggapan orang, Sissy selesa dengan penampilannya pada malam itu.

“Selagi apa yang dipakai selesa dan tidak mengganggu tugas, saya okay,” katanya yang mahu terus menggayakan busana rekaan ayahnya.

Kerjaya seni Sissy diuruskan ibu manakala ayahnya bertindak sebagai pegawai perhubungan awam selain menata rias anaknya itu. BH

Teruk Dikecam! Rihanna Guna Hadis Islam Sebagai Lagu ‘Fashion Show’ [ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker