GAMBAR SIPUT SEDUT – FATIN AFEEFA DINASIHAT REPORT POLIS

 

“Kena buat laporan polis dahulu, baru polis akan siasat. Tindakan di bawah seksyen apa, itu kena tengok intipati laporan.

“Saya tidak boleh ulas panjang lebar kerana Fatin belum buat laporan,” demikian ujar Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin pada media.

Semuanya gara-gara Fatin Afeefa semalam mendakwa menerima hantaran gambar lucah daripada individu yang tidak dikenali. Sehubungan itu, dia dinasihatkan agar membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap individu berkenaan.

Malah dia mendakwa hantaran gambar daripada pelbagai sudut itu telah diterimanya sejak setahun yang lalu.

Meskipun Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 26, berkata yang dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tersebut, namun hingga kini dia masih belum membuat laporan polis.

FA%2B2.jpg

Lelaki H4ntar Gamb4r ‘Siput Sedut’, Fatin Afeefa Buat Laporan Polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker