Di Johor Kerja DAP Lebih Mudah

Oleh Megat Terawih

Mungkin di Melaka strategi pihak lawan Barisan Nasional agak celaru dan tidak tersusun menyebabkan pakatan rakyat dan perikatan nasional kalah teruk. Tidak cukup kuat senjata fitnah maka sukar untuk tembusi hati pengundi.

Berbeza di pilihanraya negeri Johor kali ini. Pakatan Harapan pimpinan DAP mendapat ‘jentera’ meraih undi yang baharu dan lebih bertenaga.



DAP tidak lagi perlu untuk berkerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi Melayu. Penyertaan MUDA dan Pejuang adalah satu kelebihan yang DAP perolehi. Walaupun nampak Pejuang bukan dari gabungan pakatan harapan tetapi percaturan ini senang dibaca kata penganalisis politik tempatan. Pejuang dan pakatan harapan saling tidak menyerang walaupun ada bertembung di DUN yang sama.

MUDA sememangnya sudah awal lagi dicucuk hidung oleh DAP sewaktu MUDA menandatangai perjanjian kerjasama dengan pakatan harapan.

PKR juga di atas trek yang sama. Meski pun kali ini tidak menggunakan logo pakatan harapan di Johor namun DNA sama kekal kelihatan. Ini strategi baharu yang mereka gunakan di sini supaya rakyat Johor keliru.

Kesemua parti yang tersebut adalah di bawah pimpinan DAP termasuk Perikatan Nasional. Tiada kedengaran pun Muhyiddin menyerang DAP dan pakatan harapan. Jauh sekali mengkritik parti Mahathir dan MUDA secara konsisten. Kesemuanya bermain ‘kad’ yang sama iaitu menyerang Najib Razak dan Barisan Nasional.



DAP hanya perlu fokus melawan komponen BN iaitu MCA, undi Melayu DAP serahkan kepada PKR, PAN, PAS, MUDA, Pejuang dan PPBM.

Malah isu 1MDB pun DAP serahkan kepada Mahathir untuk mengetuai serangan terhadap Najib Razak dan bukannya Muhyiddin kerana DAP lebih tahu Muhyiddin tidak mampu tarik perhatian ramai apabila berucap.

DAP menggunakan Mahathir sehingga ke dalam dewan parlimen untuk ‘membelasah’ Najib Razak.

Apa yang terjadi adalah sebaliknya, semakin Najib dihina semakin luarbiasa sambutan rakyat terhadap Najib yang lebih dikenali sebagai Bossku.
Di mana sahaja Bossku hadir, rakyat sanggup keluar untuk menyambutnya.



DAP sudah membuat perkiraan. Kerusi yang mereka tandingi kesemuanya boleh menang. Sekiranya kerusi lain yang ditandingi oleh pakatan harapan, perikatan nasional, MUDA dan Pejuang menang maka itu satu bonus bagi DAP untuk membentuk kerajaan negeri sekiranya bilangan kerusi mencukupi.

Bangsa Johor wajib hindari dikencing kali kedua.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker