Tiada niat robohkan empayar Syed Mokhtar – Anwar

Tiada niat robohkan empayar Syed Mokhtar – Anwar

Perdana Menteri menjelaskan beliau tidak berniat untuk merobohkan empayar yang dibina Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, arahan yang dikeluarkan beliau kepada syarikat syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk membayar kepada pesawah miskin hanyalah untuk kepentingan golongan tersebut.

Malah, katanya, perbincangan beliau bersama tokoh konglomerat itu telah dibuat sebelum arahan dikeluarkan.

“Saya telah mengadakan perbincangan baik dengan Syed Mokhtar dan beliau bersetuju.

“Bulan Disember RM10 juta, tahun depan RM50 juta dan akan berunding semula dengan Kementerian Kewangan bagaimana Bernas boleh bagi jaminan keselesanan dan keadilan kepada pesawah padi yang miskin.

“Apa yang jaid masalah dalam negara kita, apa yang nak dipolitikkan, saya ambil keputusan bukan mudah kerana berdepan dengan konglomerat yang berbilion, ini semua syarikat paling kaya dalam negara kita tapi saya ambil keputusan dasar mengapa tidak boleh kurangkan,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Kewangan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak selepas Bernas diarahkan untuk membayar RM10 juta bulan ini dan RM50 juta tahun hadapan kepada pesawah miskin.

Jelas Anwar, perkara tersebut akan dimuktamadkan dalam satu rundingan yang akan dibuat esok oleh kedua-dua pihak.

“Sebelum ada rundingan saya kata syarikat Bernas ada keuntungan, penjelasan dia (Syed Mokhtar) konsesi itu pada awalnya bukan diberikan kepada dia tapi kepada Bernas dan Bernas itu ditunjangi pada masa itu oleh orang-orang parti termasuk nama-nama yang saya sebut semalam.

“Jadi, dia kata pulihkan balik, kembalikan kos dia dan kemudian pegawai kementerian boleh runding dengan dia. Tapi sementara itu keuntungan boleh dicatatkan,” katanya lagi. MG

Tiada niat robohkan empayar Syed Mokhtar – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu ditubuhkan siasat perbelanjaan RM600 billion Muhyiddin Yassin

Myvi RM25,000: Magik Rafizi ‘Si Raja Formula’ yang ditunggu-tunggu rakyat

Ogy bakal berkahwin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker