Mentaliti ‘toksik’, kelas rendah! TMJ kritik siapa?

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan kritikan yang ditujukan terhadap tonggak pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abd. Radzak sebagai keterlaluan.

Aidil dikritik hebat oleh penyokong tempatan ketika Malaysia kalah 2-1 kepada Singapura, Sabtu lalu dan dikatakan punca kepada dua jaringan yang dijaringan pemain lawan, Ikhsan Fandi dalam aksi di Stadium Nasional, Singapura.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail yang terkilan dengan sikap segelintir penyokong yang tidak menghargai pengorbanan pertahanan berusia 34 tahun itu bersama skuad kebangsaan, sambil menggelar segelintir mereka sebagai ‘toksik’.

Toxic mentality (mentaliti toksik) dan mudah lupa. Nak bola sepak maju tapi kepala masing-masing tahap low class (kelas rendah). Semua lupa pengorbanan setiap pemain yang pernah mewakili negara.

“Semua lupa kejayaan dan pengorbanan mereka, seolah olah tiada makna. Kesian bila lihat pemain yang berkorban untuk pasukan kebangsaan atau mana-mana pasukan tidak dihargai,” kata Tunku Ismail menerusi komen dalam akaun Instagramnya.

Sejurus selepas kekalahan itu, segelintir penyokong mempersoalkan mengapa pemain itu diturunkan, selain mengharapkan dia mengumumkan persaraan buat kali kedua.

Lebih melampau, ada yang sanggup mengubah wajah kapten skuad kebangsaan itu menyamai muka kapten Manchester United, Harry Maguire

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker