Mara akan takrifkan semula kategori B40, M40, T20

Mara akan takrifkan semula kategori B40, M40, T20

Majlis Amanah Mara (Mara) akan mentakrifkan semula pengkategorian B40, M40 dan T20, kata pengerusinya Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf berkata, takrifan B40,M40 dan T20 kini tidak memadai dengan melihat pendapatan isi rumah sahaja, tetapi perlu mengambil kira pelbagai aspek.



“Definisi B40, M40 dan T20 perlu ditakrifkan semula. Tidak wajar hanya dilihat aspek pendapatan isi rumah sahaja.

“Perlu ambil kira tanggungan seperti anak-anak, orang tua dan faktor bandar-luar bandar. Mara akan mulakan (takrifan semula),” katanya di Facebook hari ini.

Ketika ini kerajaan mentakrifkan B40 sebagai isi rumah dengan pendapatan bulanan bawah RM4,850.

Golongan pertengahan, atau M40 pula, untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM4,851 hingga RM10,970. Golongan T20 yang merupakan golongan berpendapatan tinggi pula dengan pendapatan bulanan RM10,971 ke atas.



Terdahulu, isu pendapatan isi rumah berbangkit apabila Asyraf menegur ibu bapa yang memalsukan pendapatan dengan mendakwa mereka dalam kategori B40 agar anak mereka mempunyai lebih peluang untuk diterima sebagai pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Ini kerana dasar Mara menetapkan 60 peratus pelajar MRSM adalah daripada golongan itu, manakala selebihnya adalah calon yang lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM atau UKKM daripada kumpulan M40 dan T20.

Ada pula kalangan ibu bapa yang berpendapatan tinggi berkata mereka ingin menghantar anak ke MRSM untuk mengajar mereka tentang kesukaran hidup.

Namun Presiden Anak Sains Mara (Ansara) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof kurang senang dengan sebab yang diberikan itu dan mencadangkan pelajar daripada golongan itu membayar yuran untuk belajar di institusi tersebut. Mk



Mara akan takrifkan semula kategori B40, M40, T20

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Akaun dark side anak Melayu bersepah dalam aplikasi X



Babak ranjang, Fasha harapkan fenomena

DJ Lin jadi mangsa



Rezeki jadi suami curang



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker