Menangi hadiah lumayan di McDonalds

Menangi hadiah lumayan di McDonalds

McDonald’s Malaysia menawarkan hadiah lumayan sempena tahun ke-28 Prosperity Burger di pasaran Malaysia, menerusi peraduan Scan & Win Gifts Prosperity Contest bermula 2 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, antara hadiah lumayan yang menanti adalah Proton X-70, Samsung TV 55 inci, Samsung S21 Plus, pembersih udara Dyson, Samsung Galaxy Tab S7, jam tangan jenama Garmin Venu S2 dan Bose Soundlink Micro Bluetooth Speakers.

Artikel Berkaitan
Burger Syok di McDonald’s
Mekdi kembali lagi
Karya Lat jadi tema kotak Burger Syok
Burger Ikan Thai tutup kempen Discover The World

“Dengan setiap pembelian Prosperity Burger, pelanggan layak untuk setiap penyertaan dengan mengesan kod QR pada pembalut Prosperity Burger.

“Selain hadiah utama, kami turut membawakan hadiah seperti Sundae Cone, Apple Pie, McChicken dan McCafe Iced Latte.

“McDonald’s Malaysia sentiasa teruja untuk mengembalikan Prosperity Burger pada setiap akhir dan awal tahun,” katanya ketika menghadiri Majlis Prosperity Burger ke-28 tahun di McDonald’s Mutiara Damansara, hari ini.

Menurutnya, sepanjang 28 tahun di Malaysia, Prosperity Burger menjadi seperti satu tradisi dan menu tetap sejak diperkenalkan pada tahun 1994.

Bagi tahun ini, McDonald’s Malaysia membawakan Prosperity Burger bertemakan ‘Prosperity, No Matter What’ bagi mengajak rakyat Malaysia mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan bersama orang tersayang.

“Kita kini bergerak ke arah kehidupan normal dan menyambut tahun baru. Bagi kami ini adalah masa terbaik bagi memberikan peluang kepada pelanggan mencipta memori indah bersama Prosperity Burger yang berada di pasaran sejak 28 tahun lalu,” katanya.

Prosperity Burger dijual pada harga bermula RM14.99 dan enak dinikmati bersama Twister Fries dan Prosperity McFizz, serta boleh didapati pada masa terhad di seluruh cawangan McDonald’s di Malaysia. HM

Menangi hadiah lumayan di McDonalds


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker