Derma Tak Sampai? Aman Palestin Bangkit Saman!

Sejak 2007, Aman Palestin berjaya menghantar laporan audit kepada SSM

 Aman Palestin menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sengaja melemparkan tohmahan dan tuduhan tidak berasas terhadap organisasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Suffian Awang Piut berkata, pihaknya menyedari tindakan pihak tertentu yang ibarat menangguk di air keruh dengan menimbulkan pelbagai isu sehingga pelbagai hantaran tular mengaitkan Aman Palestin berlegar di media sosial.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan seorang individu yang mempertikaikan ketelusan Aman Palestin dalam menguruskan sumbangan, termasuk pendedahan berkaitan laporan audit organisasi itu.

Menjelaskan dakwaan berkenaan, Awang Suffian berkata, sejak 2007, Aman Palestin berjaya menghantar laporan audit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, pertambahan cawangan dan tugas kepada kakitangannya, Aman Palestin tidak menafikan masih ada laporan yang ‘pending’ terutama untuk sesi 2016/2017 dan 2018/2019.

“Segala laporan ini sudah pun diselesaikan dan sedang diuruskan oleh auditor bertauliah yang dilantik Aman Palestin.

Mahathir akhirnya mengaku Najib tak ambil duit 1MDB

Melantik Auditor Baru

“Aman Palestin telah membuat pertukaran auditor dan melantik auditor baru pada tahun 2016/2017 menyebabkan laporan audit untuk tahun ini mengambil masa untuk disiapkan.

“Bagaimanapun, laporan ini sudah pun disiapkan untuk dihantar ke SSM,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, pertambahan cawangan Aman Palestin juga telah menambahkan kerja penyelarasan dan laporan setiap cawangan yang perlu disediakan.

“Kekangan kekurangan pekerja yang hanya diuruskan oleh dua orang pekerja menyebabkan proses menyiapkan laporan ini agak mengambil masa ditambah lagi dengan pertukaran sistem kewangan baru yang agak sukar untuk diadaptasi dan diselaraskan,” katanya.

Malah, penularan COVID-19 bermula akhir tahun 2019 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 menyukarkan proses audit di setiap cawangan, katanya.

Pulangkan balik duit Najib, saya bagi 24 jam – Shafee

“Penangguhan ini juga diberikan oleh pihak SSM untuk Aman Palestin menyiapkan laporan tersebut.

“Sehingga setakat ini, alhamdulillah proses laporan berjalan dengan baik. Manakala laporan 2020 masih belum sampai tarikh penutupan akaun untuk disediakan,” katanya.

Sehubungan itu, Awang Suffian berharap penjelasan yang diberikannya dapat menjawab persoalan yang dikemukakan banyak pihak.

“Kita berharap bantuan kita kepada Palestin akan terus ditingkatkan dan kita berharap golongan-golongan yang tidak berniat baik terhadap NGO-NGO yang ikhlas menguruskan bantuan kepada Palestin sedar akan kerosakan yang telah mereka lakukan,” katanya.

Darurat Bukan Ubat Covid-19, Annuar Bidas Kor Ming

Derma Tak Sampai? Aman Palestin Bangkit Saman!


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Derma Tak Sampai? Aman Palestin Bangkit Saman!


[VIDEO] Tabik Spring Caprice! Tak ‘Koyak’ Berhujah Dengan ‘Influencer’ Israel. Netizen Salute Beliau

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker