Minah kilang sekarang tauke Leedee

Minah kilang sekarang tauke Leedee

SIAPA sangka pengasas kepada produk makanan tambahan, Leedee ini pernah mencari rezeki di kilang sebelum membina empayar perniagaan di Malaysia.

Naomi Nadia Amil, 29, yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, dia mula merantau ke Kuala Lumpur pada tahun 2008 dan tidak pernah terfikir untuk menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun, demi mengubah nasib hidup dan niatnya ingin membantu keluarga di kampung, Naomi Nadia mengambil keputusan untuk membina empayar perniagaannya sendiri.

Bermula dengan modal yang rendah, Naomi Nadia berkata, dia mula menjalankan perniagaan produk makanan tambahan berasaskan nanas pada tahun 2018.

“Sebelum membina Leedee, saya sendiri pernah mengalami masalah berat badan dan Alhamdulillah selepas mengambil produk Leedee serta mengamalkan penjagaan badan yang betul, berat badan saya kembali ideal.

“Pada awalnya, saya mula menjalankan perniagaan ini di platform media sosial Instagram dengan memanfaatkan pengikut saya ketika itu seramai 85,000.

“Bermula daripada itu, saya mula berkongsi tip-tip kecantikan serta penjagaan badan dan kebanyakan pelanggan Leedee bermula di media sosial,” katanya.

Naomi Nadia berkata, penjenamaan peribadi adalah lebih efektif sekiranya perkongsian berkenaan berkaitan dengan produk yang dijual serta menggunakan strategi betul.

Menurutnya, cara pengambilan Leedee juga adalah lebih praktikal dengan hanya kemam atau boleh dibancuh sebelum diminum.

“Alhamdulillah sehingga kini kami mendapat maklum balas positif daripada pelanggan selepas mengamalkan pengambilan Leedee.

“Harga yang kami tawarkan di Leedee adalah serendah RM29 dan pelanggan boleh mendapatkannya daripada ejen jualan kami,” katanya.

Menurutnya, Leedee mempunyai 500 ejen termasuk di seluruh Malaysia dan Brunei serta mampu menjana pendapatan sehingga lima angka setiap bulan.

Melihat kepada jumlah yang memberangsangkan ini, Leedee kini dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan ke Indonesia. HM

Minah kilang sekarang tauke Leedee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker