Kerja 33 jam tanpa bayaran lebih masa – doktor kontrak

Kerja 33 jam tanpa bayaran lebih masa – doktor kontrak

Doktor kontrak dikehendaki bekerja berterusan selama lebih 24 jam, namun kerja lebih masa mereka tidak dibayar.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata, ini tidak adil, memandangkan doktor sering terpaksa bekerja selama 33 jam secara berterusan.

“Bayangkan bekerja dari 8 pagi hingga 5 petang pada Isnin, kemudian kerja lebih masa dari 5 petang hingga 8 pagi keesokan harinya. Selepas itu, kami mesti terus kerja pada syif biasa, dari 8 pagi hingga 5 petang pada Selasa,” kata jurucakapnya, Dr Mustapha Kamal, kepada FMT.

“Tak adil untuk kata doktor kontrak tidak hak tuntut (bayaran) ‘on-call’ kerana kami bekerja keras. Mesti ada imbuhan untuk kami kerana bekerja sebegitu lama.”

Semasa orientasi semalam, ambilan doktor kontrak baharu diberitahu mereka tidak berhak menuntut bayaran kerja lebih masa “on-call”, kerana sama ada mereka dibayar atau tidak, ia bergantung kepada ketua jabatan atau pengarah hospital.

Apabila ditanya sama ada doktor boleh menolak untuk bekerja lebih masa kerana tidak dibayar, Mustapha berkata, tidak boleh.


Tangkap layar perbualan WhatsApp mengenai kerja lebih masa yang dikongsi di Twitter oleh doktor kontrak hari ini.

“Menjadi tugas semua doktor untuk memastikan ada segelintir yang bekerja menjaga pesakit,” katanya.

Mustapha berkata, doktor dibayar kira-kira RM220 pada hari bekerja dan RM200 pada hujung minggu bagi kerja lebih masa. Nilai ini sangat kecil berbanding beban kerja yang ditanggung, katanya.

Tegasnya, para doktor, sama ada berjawatan tetap atau kontrak, patut diberi layanan yang sama.

“Layanan yang saksama harus diberikan kepada setiap doktor kerana mereka melakukan tugas yang sama, iaitu merawat. Menuntut (bayaran) kerja lebih masa adalah hak setiap doktor. Kami patut dibayar lebih bagi apa yang kami kerjakan,” katanya.

Mustapha juga menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengkaji masalah ini dan mencari penyelesaian secepat mungkin.

Pada Julai, Hartal Doktor Kontrak memberi kerajaan masa 26 hari untuk menyelesaikan isu sistem kontrak atau para doktor akan mengadakan mogok.

Semasa mogok yang berlangsung pada 26 Julai itu, doktor kontrak menuntut haluan kerjaya yang adil dan faedah istimewa seperti yang diperoleh pegawai perubatan berjawatan tetap. FMT

Kerja 33 jam tanpa bayaran lebih masa – doktor kontrak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker