Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA

Pengacara sensasi, Azwan Ali akan menolak sekeras-kerasnya sekiranya ditawarkan mandat menjadi juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.

Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali, 55, mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri program berkenaan namun dia enggan menerimanya. Katanya, dirinya berada dalam kelas tersendiri.

“Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis.

“Saya berkelas dunia, kau sekolah tak,” ciapnya menerusi Twitter.

Terdahulu, program realiti terbitan Astro iaitu Big Stage 2022 menerima kecaman hebat apabila pihak produksi menerima masuk seorang peserta yang dikatakan langsung tidak layak bergelar penyanyi iaitu usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli.

Bukan itu sahaja, ramai juga mempersoalkan kerusi Presiden Netizen yang diisi mogul kosmetik, Datuk Seri Vida yang merupakan bekas kekasih peserta tersebut. Netizen menyifatkan pendekatan yang digunakan Astro sebagai satu publisiti murahan.

Semalam, penyanyi Datuk Hattan, 58, menyeru pihak stesen televisyen terbabit supaya lebih bertanggungjawab dalam mengangkat industri hiburan ke tahap lebih bagus dan tinggi berikutan kontroversi yang dicetuskan program berkenaan.

Sementara itu, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan kewajaran produksi program berkenaan meletakkan penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza di kerusi juri tetap namun salah seorang pesertanya pula langsung tidak boleh menyanyi sehingga membuatkan penyanyi tersohor itu rasa bersalah ingin memberikan markah selepas persembahan. – K! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rakaman CCTV Detik-Detik Kenderaan Pelakon Vanessa Angel Kemalangan Viral [VIDEO]

Pendakwah Neraka Jahanam Yang Menyesatkan Manusia

Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker