Mondy bohong – Ustaz Derry

Mondy bohong – Ustaz Derry

Seorang ustaz dari Indonesia yang dikenali Ustaz Derry Sulaiman tampil menunjukkan bukti mendakwa segala kenyataan Mondy Tatto dalam sebuah temuramah di ‘podcast’ adalah berbohong.

Menerusi satu siaran langsung olehnya baru-baru ini, dia berkongsi paparan perbualan bersama seseorang yang didakwa Mondy, mengakui apa yang dikongsikan sebelum ini adalah tidak benar.

Menerusi perbualan tersebut, Mondy dipercayai mengaku bahawa tiada sebarang kejadian yang dinyatakan sebelum ini berlaku, malah mengatakan dia cuma perlukan wang.

“Ini salah satu bukti bahawa semua berita di podcast itu bohong. Kalian screenshot (tangkap layar) berita ini, sebarkan di Malaysia yang masalah itu tidak benar, Mondy bohong,” katanya.

Malah jelasnya, walaupun Mondy kembali tidak berhijab, Ebit Lew masih sudi membantu wanita tersebut dengan memberikan wang setiap bulan.

“Walaupun dah buka hijab staf Ebit masih kirim hantar wang. Subhanallah tak terkira baiknya. Saya tak pernah jumpa orang sebaik itu.

“Datang rumah saya selalu dia bawa hadiah kepada saya, kepada ulama, guru-guru semua. Akhlak yang luar biasa, bahasa santun yang masih mahu dicari aibnya. Apa mau lagi?

“Bantu orang Malaysia saja Indonesia jangan dibantu. Orang Indonesia banyak yang tak tahu balas budi, minta maaf ya,” ujarnya. K Online

Mondy bohong – Ustaz Derry

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Arak memang dihidangkan – Syasya Dolla

Pengacara popular tak bayar gaji staff?

Ustaz Wadi tegur usahawan kosmetik maki suami (Video)

Cerdik ke bodoh? Seharian beratur beli makanan viral

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker