‘Surat Istana Negara’ tak laku, pasangan dakwa Agong benar rentas negeri ditahan



Sebaran :


Seorang lelaki dan wanita ditahan selepas mengemukakan “surat Istana Negara” sebagai kebenaran untuk merentas negeri ketika pemeriksaan polis, Isnin lalu.

Sebelum itu, anggota Cawangan Unit Rondaan Bermotosikal Balai Polis Dang Wangi melihat suspek terbabit dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah restoran di Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, ketika melakukan rondaan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, ketika pemeriksaan dijalankan, suspek berusia 27 dan 47 tahun itu menyerahkan tiga keping surat, kononnya dokumen yang memberi kebenaran untuk rentas negeri.



“Surat itu didapati menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, dengan surat berkenaan menjelaskan kebenaran diperoleh daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu manakala suspek terbabit direman tiga hari hingga esok bagi membantu siasatan,” katanya, menurut laporan Bernama.

Zainal berkata, wanita itu didapati pernah terlibat dengan siasatan bawah Seksyen 489(c) Kanun Keseksaan kerana memiliki wang palsu dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu pada 2017 dan 2018.



Beliau berkata, lelaki itu pula tidak mempunyai rekod jenayah lampau. FMT


Sebaran :


Leave a Reply