Jalil Hamid resah dah tiga tahun tiada ‘job’

Jalil Hamid resah dah tiga tahun tiada ‘job’

Baru-baru ini, ramai pelakon-pelakon veteran yang tampil menyatakan rasa sedih kerana telah kurang sumber pendapatan disebabkan tidak lagi mendapat tawaran berlakon dari mana-mana pihak produksi.

Nasib yang sama juga telah menimpa seorang pelakon dan penyanyi hebat, Jalil Hamid yang dimaklumkan sudah kurang mendapat tawaran lakonan. Dirinya juga telah diuji dengan pelbagai gangguan kesihatan diusianya yang tua ini.



Pada mula memang ada masalah esofagus. Sebelum tu saya ada didiagnos masalah hati, jantung dan kaki mula bengkak bila minum air lebih. Malu nak cerita, kita ni kerja harapkan gaji. Bila ada kerja ada gaji, bila tak ada termenung je lah..

Penyanyi asal lagu Ayam ini juga akui merasa resah kerana tidak mendapat kerja sudah tiga tahun dan pada masa yang sama berasa kasihan terhadap isterinya juga. Dirinya berkata dia tidak keberatan untuk bekerja jika mendapat tawaran selagi mampu.

Namun begitu, Jalil juga berpendapat bahawa dia faham situasi dimana dia kurang mendapat pekerjaan disebabkan masalah kesihatan yang dihidapnya. Tambahnya, kini dia hidup berlandaskan apa yang ada sahaja untuk meneruskan hidup.

Pelakon senior ini juga berkata jika apa siapa-siapa yang sudi mengambilnya kerja, dia akan terima namun tidaklah lasak seperti dulu ujarnya.



Jalil Hamid resah dah tiga tahun tiada ‘job’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mawar Rashid sah bercerai



Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah

Kilafairy buat hal lagi



Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker