Tengku Zafrul dilantik pengerusi manifesto BN Selangor

Tengku Zafrul dilantik pengerusi manifesto BN Selangor

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai pengerusi manifesto Barisan Nasional (BN) Selangor berkuat kuasa awal bulan ini, kata pengerusinya Noh Omar.

Katanya, Tengku Zafrul akan bekerjasama dengan Naib Presiden Umno Khaled Nordin yang mengetuai manifesto BN di peringkat pusat.

“Pelantikan ini sudah berkuat kuasa dan telah mula mengadakan mesyuarat,” katanya menurut Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Rizam Ismail, berkata pelantikan Tengku Zafrul tentunya memberi keyakinan kepada BN untuk mempersembahkan manifesto yang diyakini rakyat di negeri berkenaan.

Beliau turut menyifatkan pemilihan bendahari BN Selangor itu adalah pilihan tepat memandangkan Tengku Zafrul mempunyai kemampuan menilai dan memberi perkhidmatan terbaik serta kemampuan sebagai sebuah kerajaan negeri.

“Sudah pasti kehadiran Tengku Zafrul ini membantu BN bagi menghadapi PRU15 akan datang. Saya yakin dan percaya akan ada gerak kerja untuk memastikan kemenangan BN di Selangor,” katanya. FMT

Tengku Zafrul dilantik pengerusi manifesto BN Selangor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker