Remaja ditahan sebar video lucah teman wanita 12 tahun

Remaja ditahan sebar video lucah teman wanita 12 tahun

Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan selepas menyebarkan video lucah teman wanitanya berusia 12 tahun di media sosial.

Tangkapan dibuat pada Rabu selepas polis menerima laporan kejadian daripada ibu mangsa yang tampil ke Balai Polis Pusat Miri, menurut laporan Utusan Borneo.

Remaja itu ditangkap kira-kira 9 pagi dalam operasi diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Miri Loh Wooi Kee bersama anggota Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur.

Terdahulu, ibu mangsa mengetahui mengenai video tular membabitkan anaknya itu melalui satu akaun media sosial milik suspek pada pertengahan bulan lalu.

Ketua Polis Miri, Hakemal Hawari, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek terbabit.

Memetik laporan itu, difahamkan suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Motif sebenar suspek bertindak demikian masih dalam siasatan polis. Kes disiasat mengikut Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. FMT

Remaja ditahan sebar video lucah teman wanita 12 tahun


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker