Saya tak halalkan – Alif Satar

Saya tak halalkan – Alif Satar

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar menegaskan dia tidak menghalalkan tindakan mana-mana pihak yang sesuka hati menggunakan nama dan gambarnya untuk mempromosikan produk mereka.

Itu kata selebriti versatil tersebut selepas mendapat tahu ada pihak tidak bertanggungjawab yang menyunting gambarnya tanpa pengetahuannya untuk promosi produk.

Tak beretika, berdosa

Ujar pelakon berusia 34 tahun itu, kewujudan akaun yang membuat iklan palsu merupakan satu tindakan yang tidak beretika kerana berniat untuk menipu orang ramai.

Saya rasa benda ini sangat tak beretika. Ini adalah menipu orang dan balasannya berdosa. Saya tak halalkan siapa yang menipu dan menggunakan nama Alif untuk tipu orang.

Tak serik, sebelum ni guna gambar Khairul Aming

Dalam pada itu, pihak pengurusan Alif meminta agar mereka yang menggunakan penyanyi tersebut sebagai promosi untuk memadamkan hantaran mereka.

Sekiranya pihak mereka berdegil, akan ada tindakan undang-undang menyusul memandangkan, nama dan gambar Alif sudah didaftarkan dengan tanda dagangan (trademark).
Difahamkan, syarikat tidak bertanggungjawab berkenaan sebelum ini pernah menggunakan gambar dan nama usahawan serta pempengaruh, Khairul Aming untuk mempromosikan produk yang sama.

Saya tak halalkan – Alif Satar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan biar saya mati macam P Ramlee

Kurma Israel tapi label keluaran Palestin

Dua anak menganggur, ayah 70 tahun kerja rider

Pelukan Abby, Marissa undang sebak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker