Muhyiddin Panggil Mesyuarat Khas Kabinet Esok, Politik atau Pandemik?

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan memanggil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri esok (23 Oktober 2020) JAM 9.30 pagi tanpa memaklumkan sebarang agenda.

Mesyuarat ini agak luar biasa kerana kabinet baru sahaja bermesyuarat pada Rabu lalu.

Ada dua isu yang berkemungkinan menjadi keperluan Mesyuarat Khas kabinet iaitu sama ada untuk menguruskan pergolakan politik negara atau membabitkan masalah pandemik Covid-19 di Sabah yang semakin teruk.

Sejak dua minggu lalu kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan tidak lagi mempunyai mandat yang mencukupi untuk meneruskan pentadbiran kerajaan. Bagaimanapun semalam UMNO mengumumkan kekal menyokong kerajaan PN dan menolak khabar angin sebelum ini bahawa mereka telah menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selepas mesyuarat kabinet semalam terdapat Menteri yang memberitahu ‘rangkaian rapat’ bahawa mereka perlu bersedia untuk pembubaran Parlimen seawal bulan depan.

Semalam SuaraTV melaporkan kemungkinan Muhyiddin akan membubarkan Parlimen pada Disember 2020 sekiranya terdapat halangan dalam kelulusan Belanjawan 2021.

Sumber-sumber rapat dengan kerajaan semuanya ‘menutup mulut’ mengenai agenda mesyuarat. Manakala beberapa pegawai menteri yang dihubungi juga tidak pasti mengenai agenda mesyuarat khas tersebut.

Namun satu sumber memberitahu SuaraTV bahawa mesyuarat khas ini kemungkinan membabitkan usaha menyusun semua strategi kementerian dalam membantu pemulihan Sabah yang terjejas teruk dengan Covid-19. Suara.tv

Parlimen bubar Disember ini, kini dalam pertimbangan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker