Bumbung Kanopi Terbang Atas Pokok Kelapa, Tetamu Lari Selamatkan Diri

Bumbung Kanopi Terbang Atas Pokok Kelapa, Tetamu Lari Selamatkan Diri

GEORGE TOWN – Lebih 20 tetamu hadir ke majlis akikah dan kesyukuran yang dianjurkan tuan rumah berlari menyelamatkan diri sebaik bumbung kanopi diterbangkan puting beliung atau belalai darat sebelum tersangkut di atas pokok kepala di Kampung Jawa, Perai di sini petang tadi.

Kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu dilaporkan tiada berlaku sebarang kemalangan jiwa ataupun kecederaan melibatkan mangsa yang berada di lokasi majlis tersebut.



Penghuni kediaman,  Muhamad Nor Hafiz Abdul Halim, 35, berkata, dia terkejut sebaik terdengar bunyi angin kuat dari belakang kediaman keluarganya itu sebelum melihat bumbung kanopi terbang ke atas pokok kelapa yang berketinggian kira-kira 20 meter di hadapan rumah.

“Semasa itu, lebih 20 tetamu yang sedang menikmati hidangan pada majlis aqiqah anak kakak turut berlari menyelamatkan diri dan masuk ke dalam rumah kami serta jiran sebelah.

“Kejadian berlaku sekelip mata, habis semua makanan dan minuman berselerak atas jalan akibat angin kuat disusuli hujan lebat.

“Pada masa sama, saya lihat bumbung kanopi dari kilang berhampiran turut terbang atas bumbung rumah. Ini kejadian pertama kali berlaku,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi. – KO

Bumbung Kanopi Terbang Atas Pokok Kelapa, Tetamu Lari Selamatkan Diri



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]



Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker