Rakan Universiti Semasa Belajar Di UIA Pula Mahu Dedahkan Siapa Sebenarnya PU Rizz

Selebriti dan usahawan ternama, Neelofa dikatakan sudah dirisik oleh pelakon dan pendakwah, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dalam satu majlis sederhana.

Majlis yang berlangsung di kediaman keluarga ahli perniagaan terkenal itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Alhamdulillah dan tahniah! Difahamkan, Neelofa dan PU Riz bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.



Hubungan Neelofa, PU Riz bergolak

Umpama retak menanti belah, itulah yang boleh digambarkan hubungan selebriti popular, Neelofa, 31, dan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25, ketika ini.

Status perhubungan Neelofa dan PU Riz yang dikatakan mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu menjadi perbualan hangat netizen menerusi laman Twitter, sejak semalam.

Menguatkan spekulasi hubungan Neelofa dan PU Riz sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik adik beradik bekas pengacara MeleTOP itu, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram Stories (IG Story).

Kecoh Di Media Sosial, Netizen Dakwa Keluarga Neelofa ‘UNFOLLOW’ PU Riz?



Mereka memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, malah turut berkongsi doa meminta perlindungan daripada perkara tidak diingini.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis merisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.

Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk.



Status ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed memuat naik sindiran tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan dalam IG Story.
Kakak Neelofa, Noor Nabila pula memuat naik beberapa petikan dalam IG Story seperti menyindir seseorang.

Menerusi petikan yang dimuat naik Noor Nabila, dia memberi ingatan supaya berkahwin dengan lelaki yang bercakap dalam keadaan baik, walaupun sedang marah.

“Pasangan baik tidak cuba menghina anda ketika sedang marah. Ini kerana sangat menghormati dan tidak mahu kehilangan dalam perselisihan kecil.

“Saya sangat berhati-hati dengan orang yang tindakannya tidak sesuai dengan kata-kata.



“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara, tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi.

“Mengikut karma, jika seseorang sudah menunjukkan warna sebenar, tidak perlu cuba mewarnai kembali. Adakah kita menghampiri kebenaran?,” persoal Noor Nabila menerusi petikan yang dimuat naik.

Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua adik Neelofa, iaitu Athisha dan Ameera turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama seperti ditujukan kepada seseorang dalam IG Story. Semua status dimuat naik mempunyai kaitan mengenai sikap seseorang, dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

 



Antara petikan status yang dimuat naik adik beradik Neelofa berbaur sindiran yang berkaitan mengenai sikap seseorang, dipercayai ditujukan kepada PU Riz menerusi IG Story.
Sehingga kini, Neelofa mahupun PU Riz belum memuat naik gambar atau video bagi menjawab spekulasi yang sohor dalam media sosial. Namun, PU Riz dilihat menutup ruangan komen dalam IG.

Sebelum ini, status Noor Kartini bagaikan mengesahkan anak kesayangannya itu sudah disunting PU Riz. Bagaimanapun, hingga hari ini, Neelofa mahupun PU Riz masih mengunci mulut, tidak sepatah pun keluar mengenai majlis merisik yang berlangsung di kediaman keluarganya di Petaling Jaya pada 1 November lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama.

Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube.



Lebih p4nas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial.

Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.

Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu peng4sih.

 

Bapa Kandung Neelofa Masih Hidup?

Baru- baru ini, telah berlangsungnya majlis perkahwinan kali ke-3 buat Saradina iaitu kakak sulung kepada pelakon cantik Neelofa. Yang menjadi perhatian dalam majlis tersebut adalah penampakan kelibat seorang lelaki berusia yang berada di sebelah Juru Nikah dan turut memegang borang nikah untuk ditandatangani.

 

Adakah itu bapa kandung kepada Neelofa dan adik beradik beliau yang sekian lama menjadi tanda tanya peminat? Berdasarkan beberapa komen di ig dibawah, ada yang mengiakan lelaki itu adalah ayah kandung Neelofa.

 

Hanya Neelofa dan keluarganya sahaja yang tahu siapakah lelaki itu. Namun andai benar, tiada salahnya pun . Kelihatan lelaki berusia itu mirip seperti Noor Nabila kakak Neelofa. Apa-apa pun, kami  mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada kakak Neelofa iaitu Saradina serta pasangannya.

Pelajar UIA mahu dedah PU Rizz

Dalam pada itu, tular di Twitter apabila ada pihak tampil mahu mendedahkan siapa sebenarnya PU Rizz yang di kenali semasa belajar di UIA dahulu

 

Selain itu, kisah cerita Gambar Lucah Mirip Pendakwah Selebriti Pegang Alat Sulit Dalam Tandas kembali hangat di perkatakan oleh netizan

Menurut Kosmo, gambar tersebut mirip pendakwah selebriti PU Rizz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Ismail yang pernah viral di Twitter

Swafoto dalam bilik mandi sambil pegang kemaluan?

Menerusi tweet yang sudah dipadam tu, gambar tersebut menunjukkan lelaki terbabit sedang berselfie dalam bilik mandi sambil memegang kemaluannya.

Sumber: Media Hiburan
Spekulasi yang mengaitkan PU Rizz dengan gambar berkenaan tercetus bila t-shirt yang dipakai lelaki dalam gambar tu katanya sama dengan salah satu gambar baru yang dimuat naik pendakwah selebriti berkenaan di Instagram.

Walau bagaimanapun, setelah admin periksa… min tengok gambar tu dah tak ada. Haih!

Tutup ruangan komen dan tak dapat dihubungi wartawan

Sehingga kini, PU Rizz yang kian meningkat naik lepas menceburi dunia lakonan masih tidak memberi sebarang komen dan tidak menjawab panggilan telefon. Pendakwah ini juga dilaporkan telah menutup ruangan komennya di Instagram.

Berikut sedikit info mengenai PU Riz, bakal imam Neelofa.

PU Rizz seorang pelakon, pendakwah bebas Malaysia dan ahli perniagaan mula dikenali ramai pada 2016 semasa penyertaan beliau dalam program Pencetus Ummah musim ke-4.

Pengusaha dan Pengurus Sizzling & Claypot dan ‘Thai Cusine’ yang terletak di Nu Sentral.

PU Rizz juga pernah menunut di Universiti Al-Azhar, Mesir hanya setahun dan terpaksa balik ke Malaysia disebabkan pergolakan di Mesir ketika itu (perang). Bermain futsal adalah di antara hobi beliau.

PU Riz merupakan salah seorang peserta program Pencetus Ummah pada 2016. Beliau juga seorang pendakwah bebas serta pelakon.

Bakal imam Neelofa, kenali siapa PU Riz

 

Biodata PU Riz

1. Nama penuh, Muhammad Haris Mohd Ismail.

2. Dikenali sebagai PU (Pencetus Ummah) Rizz dan Riz Ismail.

3. Kelahiran negeri Selangor.

4. Berusia 25 tahun (lahir pada tahun 1995).

5. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

6. Pemegang Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

7. Merupakan pendakwah dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

8. Mula popular selepas penyertaannya dalam program realiti Pencetus Ummah musim ke empat pada 2016.

9. Juga pernah bersaing dalam Akademi Sahur Asia (AKSl Asia) 2017 yang turut melibatkan peserta dari Singapura, Indonesia dan Brunei.

10. Antara drama dibintanginya seperti Selafaz Cinta, Air Mata Di Bumi Matador, Lelaki Kiriman Tuhan, Dosanya Perempuan, Kelip Kelip Kota London, Geng Tadarus, Anugerah Cinta Aisyah dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ada Apa Dengan Dosa pada 2019.

12. Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas peperangan yang berlaku di sana.

13. Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu.

14. Gemar bermain futsal.

15. Instagram miliknya yang menggunakan nama @hrisbismail sehingga kini mengumpul lebih 136 ribu pengikut.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=yUEf5yDtRdM[/embedyt]

Apa pun yang berlaku, diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spekulasi mula bertebaran.

Sumber : Trending Sangat

PU Riz – Biodata Dan Latar Belakang

“Tak sanggup nak ponteng sekolah…” – Peminat teruja, PU Riz kini seorang guru

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker