Dua anggota polis ‘terkorban’ ketika kejar mat rempit
Dua anggota polis ‘terkorban’ ketika kejar mat rempit . Tindakan berani dua anggota polis mengejar mat rempit bertukar tragedi apabila motosikal yang ditunggang mereka bertembung dengan motosikal lain di Lebuh Raya Kajang SILK (SILK) arah Kajang menghala Putrajaya di sini awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, sewaktu kejadian jam 1.30 pagi itu, kedua-dua anggota tersebut sedang bertugas dalam Operasi Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BPSTD) Kajang.
“Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha RXZ yang ditunggang oleh Sarjan Mohd Arifah Md Yasin dan Konstabel Mohd Muradzi Mohd Nawi bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha 115Z di KM 24.4 Lebuh Raya SILK.
“Kedua-dua anggota yang mengalami kecederaan parah di bahagian muka dan kepala tersebut maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Mohd Zaid, Sarjan Mohd Arifah, 36, merupakan anggota trafik manakala Konstabel Mohd Muradzi, 26, pula adalah anggota Cawangan Jenayah (D4) yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang.
Sementara itu, mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan semua kenderaan yang terlibat dibawa ke Balai Trafik IPD Kajang untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dua anggota polis ‘terkorban’ ketika kejar mat rempit
Baca Artikel Menarik :
- Jawapan Najib kepada formula Muhyiddin
- Murshidul Am PAS yakin Muafakat Nasional mampu diselamatkan
- Yang sokong, yang ‘misteri’ dan yang ‘serabut’ telah terjawab
- Rasuah punca pemimpin rosak, tak amanah
- Alhamdulillah… Siti Sarah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Namun Beliau Masih Kritikal [VIDEO]
- Resepi Nasi Lemak Strawberi Extra Special
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.