Warisan sedia bertembung Muda – Shafie Apdal

Warisan sedia bertembung Muda – Shafie Apdal

Warisan sesekali tidak akan berganjak dan bersedia untuk bertembung dengan Muda selepas parti itu melebarkan sayap di Semporna, Julai lalu.

Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, Warisan tidak mempunyai masalah untuk berdepan parti lawan mahupun kawan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kita (Warisan) tidak boleh menghalang mereka (Muda) ke mana-mana yang mereka nak (mahu) kan…yang tu kehendak parti mereka, kebebasan mereka dalam negara kita,” katanya menerusi video di Astro Awani.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Semporna itu meluahkan kebimbangan dengan kemunculan pelbagai parti yang bukan sahaja atas landasan umur tetapi bangsa dan agama.

Beliau turut memberi contoh beberapa negara barat serta Jepun, Singapura dan Indonesia yang mana parti ditubuhkan bukan atas landasan kaum, agama, umur dan lain-lain.

Sebaliknya, Shafie berkata, kebanyakan parti di negara tersebut lebih kepada membela rakyat selain mewujudkan peluang pekerjaan dari segi ekonomi, kesihatan dan keselamatan.

Pada 1 Julai, Muda meluaskan pengaruhnya ke Sabah terutama di Semporna dalam usaha menguatkan sokongan rakyat di negeri itu.

Sehingga kini, Muda mempunyai lebih 200 ahli di Semporna, sekali gus menyaksikan parti yang baharu ditubuhkan dua tahun lalu mendapat tempat di pantai timur Sabah. FMT

Warisan sedia bertembung Muda – Shafie Apdal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker