Helikopter terhempas, dua cedera

Pelabuhan Klang: Sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor, Norazam Khamis yang mengesahkan kejadian itu berkata, dua mangsa yang menaiki helikopter terbabit cedera.

Ruwaida Md Zain

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan, 10 pagi tadi memaklumkan helikopter persendirian jenis Robinson R66 Turbine mendarat cemas dan terhempas di kawasan lapang di situ.

“Pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang diketuai Komander Operasi Kanan, Anas Ahmad Zabidi tiba di lokasi jam 10.22 pagi.

Keadaan helikopter persendirian yang dinaiki dua lelaki terhempas di kawasan lapang di Jalan PKFZ Pelabuhan Barat, pagi tadi

“Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati ada helikopter terhempas seperti laporan diterima, bagaimanapun tiada kebakaran berlaku.

“Kejadian membabitkan hanya dua mangsa iaitu juruterbang dan pembantu juruterbang,” katanya.

Juruterbang, Khairudin Dahlan, 72, mengalami kecederaan di tangan kiri dan pembantu juruterbang, Moithu Kutti Mohamad, 52, pula mengalami luka-luka kecil, katanya.

“Kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil serta diberikan rawatan oleh pihak Ambulan Pelabuhan Barat,” katanya.

[VIDEO] Helikopter terhempas berhampiran Taman Melawati (Kemaskini)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker