Nenek 64 tahun diberkas edar dadah

Nenek 64 tahun diberkas edar dadah

ALOR GAJAH – Seorang nenek berusia 64 tahun dan cucu lelakinya antara tiga suspek yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah bernilai RM85,000, minggu lalu.

Warga emas itu dan cucunya berusia 21 tahun diberkas kira-kira pukul 6.45 pagi dalam tangkapan susulan oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka di sebuah rumah di Taman Seri Bayu, di sini, Khamis lalu.

Ketua JSJN Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, serbuan pertama telah dilakukan di kawasan perumahan sama pada pukul 6 pagi dan seorang lelaki berusia 31 tahun diberkas selepas polis menjumpai dadah bernilai RM86,000 di premis tersebut.

“Hasil pemeriksaan di lokasi polis menemui 18 peket plastik lutsinar disyaki syabu seberat 2.2 kilogram dan enam peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 533 gram berjumlah keseluruhan RM86,000.

“Susulan tangkapan itu, kita memberkas dua lagi suspek dipercayai rakan sindiket yang merupakan seorang wanita warga emas dan cucu lelakinya di kawasan sama kira-kira 45 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, kesemua dadah yang dirampas adalah untuk diedarkan di kawasan tempatan dan boleh menampung kegunaan kira-kira 6,200 penagih.

Zulkiflee berkata, hasil saringan ujian air kencing dilakukan terhadap suspek pertama didapati positif dadah jenis methamphetamin, selain turut mempunyai dua rekod lampau berkait kes jenayah serta dadah.

“Suspek wanita yang mempunyai 12 orang anak dan keseluruhan 29 cucu itu juga mempunyai dua rekod berkaitan dadah, manakala cucu ditahan terlibat satu rekod jenayah dan satu dadah.

“Dalam serbuan itu, kita turut merampas barang kemas dan sebuah kereta serta motosikal berjumlah keseluruhan RM24,782.11 yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pengedaran dadah ini,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Nenek 64 tahun diberkas edar dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ada sokongan jitu tapi takut nak berdepan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker