Doktor ‘Buntingkan’ 17 Wanita

Doktor ‘Buntingkan’ 17 Wanita

Ottawa: Seorang doktor di klinik kesuburan bersetuju untuk membayar pampasan AS$10 juta (RM42.2 juta) selepas sampel asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan dia menggunakan sperma sendiri untuk ‘menghamilkan’ 17 wanita tanpa pengetahuan mereka.

Norman Barwin adalah pakar kesuburan di Ottawa General Hospital di Kanada sebelum berpindah ke klinik swasta.

Ujian menunjukkan Barwin tidak menggunakan sperma yang sepatutnya dalam rawatan kesuburan sekurang-kurangnya 97 bayi.

Dalam 17 kes, dia didakwa menggunakan sperma sendiri, dan 80 anak yang lain mungkin tidak pernah tahu siapa bapa mereka.

Firma undang-undang yang mewakili satu keluarga, Nelligan Law, mengatakan penyelesaian itu sudah selesai, lapor NBC News.

Satu kenyataan dari syarikat itu menyatakan, penyelesaian dengan pemberian pampasan kepada pesakit dan anak mereka di mana DNA anak tidak seperti yang diharapkan oleh ibu bapa ketika rawatan inseminasi (permanian) dilakukan Barwin.

“Ini juga memberikan pampasan kepada bekas pesakit yang percaya semen mereka dijaga baik Barwin untuk tujuan penggunaan tertentu, tetapi yang digunakan oleh Barwin dalam inseminasi pesakit lain, dan yang mengakibatkan masalah keturunan,” katanya.

Satu pasangan, Davina dan Daniel Dixon, tidak menyedari selama beberapa dekad sperma Daniel tidak digunakan untuk inseminasi yang menyaksikan pasangan itu mendapat anak perempuan.

Hanya ketika anak perempuan mereka mempersoal warna matanya, Davina menjadi prihatin dan meminta doktor untuk melakukan ujian DNA.

Hasil kajian menunjukkan Daniel bukan bapa kandung Rebecca.

Siasatan lanjut mendedahkan laporan mengenai Barwin dan pasangan itu melihat ‘kemiripan fizikal yang luar biasa’ antara Rebecca dan doktor.

Rebecca juga berjaya mengesan seorang wanita muda, Kat Palmer, yang mengetahui Barwin adalah ayah kandungnya.

Ibu bapa Palmer secara khusus memilih penderma sperma tanpa nama dengan ciri tertentu yang penting bagi mereka tetapi Barwin menggunakan sperma sendiri untuk prosedur itu.

Barwin membantah tuduhan terhadapnya, dengan mengatakan dia hanya bersetuju penyelesaian di luar mahkamah bagi mengelak menghabiskan lebih banyak waktu dan wang untuk menyelesaikan kes itu.-HM / CBC News

Doktor ‘Buntingkan’ 17 Wanita


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Beruntungnya….Lelaki Ini Derma Sperma Pada Wanita Australia, Kini Miliki 23 Anak

‘Ibu Ekspres’ 11 Anak..Menakjubkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker